Header Ads

"Jadi Isteri sebenarnya tidak penat jika..."

"Jadi Isteri sebenarnya tidak penat jika..."

Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Nur Mirza Irdina Aidil. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit manfaat dan pengajaran kepada keluarga di luar sana. Baca lagi:


JADI ISTERI SEBENARNYA TIDAK PENAT JIKA....

Senyum & simpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama-sama bekerja. Namun kerja rumah dia yang buat dari memasak, membasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak-anak. Suami tolong sikit-sikit sahaja. Akhirnya dia jadi penat dan letih. Sampai tak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggi2kan suara pada suami... letih.. penat..tension...

Suami kena faham agama & faham apa yang Nabi ajar.

Isteri kena faham agama & faham apa yang Nabi ajar.

Bukan ikut budaya Melayu.. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax. Atau isteri buat banyak sangat kerja, suami tolong sikit-sikit...Allah hu Akbar! Lepas tu masam muka pada suami yang hakikatnya Nabi dah cakap org yang masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dgn suaminya kembali...

Sebab tu perempuan yang baik ialah perempuan yang bila suaminya memandang dia, suami dia akan rasa senang & bahagia. Tapi bagaimana nak muka manis kalau bahu asyik terbeban kerja rumah & urus anak tak pernah habis...

Wajib bagi wanita ..
bercantik-cantik untuk suami,
menyayanginya sepenuh hati,
berlemah lembut padanya,
tidak meninggikan suara,
setia & taat selagi tidak melanggar perintah Allah,
berkata baik padanya.
sentiasa syukur
sentiasa bermanis muka.

Berapa ramai wanita buat kerja rumah macam nak mati, tapi muka amat susah nak manis dgn suami, tengking-tengking suami, ada pula mood-mood hari ni nak bercakap, esok nak diam....ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis2....

JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yang Nabi AJAR.

Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtangga TUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya...

Katanya," saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri saya kata, "abang, malam-malam abang ambik alih buat kerja tu semua ok"...kita sama-sama kerja.

"Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas...Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumahtangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku.."

Berforum pula saya dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
  • suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh makan,
  • siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri,
  • siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,
Habis isteri?

Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis.
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab tu kalau sama-sama kerja, sama-sama buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

Kita hari ni orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yang Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja. Last-last penat dapat, dosa pun dapat"

kata USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:

"Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama-sama mencari nafkah), maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil"

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yang paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya....

Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.

Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama-sama membantu...sama-sama memuliakan antara satu sama lain.

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA

~Tinta penulis artikel majalah ANIS~


Powered by Blogger.