Header Ads

"Ambik balik hp dan pulangkan duit tanpa kurang 1 sen pun!"

"Ambik balik hp dan pulangkan duit tanpa kurang 1 sen pun!"

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Roslan Bin Hj Ismail yang membantu pakcik Hanif setelah ditipu penjual Handphone di Kompleks Kota Raya. Baca lagi:


Dari pukul 4 pagi lagi saya call cina tu.. hinggalah dapat bercakap dengan dia pada pukul 9.30 pagi... saya dapat call pak cik hanif pada pukul 6.30 pagi.. setelah dapat pengesahan dan cerita sebenar baru saya tekan penipu tu... pada mulanya penipu tu agak langsi bercakap dalam phone.. setelah ditekan baru dia bersetuju untuk pulangkan lebihan bayaran sebanyak RM800.. saya menolak kerana alasan saya ialah sudah tidak berminat untuk meneruskan urusniaga dengan penipu..

Jadi samaada dia terima tawaran saya atau terima apa jua yang akan berlaku.. tawaran saya ialah ambik balik hp dan pulangkan duit dengan jumlah penuh tanpa kurang satu sen pun.. persetujuan awal akan berjumpa pada hari sabtu nanti.. tapi pada jam 6.30 petang tadi team kami telah berjumpa pak cik hanif dan terus pergi ke kotaraya... pembayaran penuh telah dibuat dan kami memberi amaran keras kepada penipu tersebut...

Kami tidak boleh lebih sudu dari kuah, maksudnya pak cik Hanif tak nak kekecohan berlaku dan dia minta selesai cara baik..

Kami cuba yang termampu.. apapun syukur dapat kembali duit pak cik hanif dan jadi pengajaran kepada semua....

Kepada sesiapa yang punyai apa masalah boleh terus hubungi saya 0143334444 untuk apa jua bentuk bantuan setakat yang termampu..semoga kita semua dilindungi ALLAH SWT dan segala amal kebaikan yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkatan dari ALLAH SWT


#Respect



Powered by Blogger.