Header Ads

"...tidak boleh merokok, jika tidak, pinangan ditolak"

"...tidak boleh merokok, jika tidak, pinangan ditolak"

Tulisan ini dikongsikan oleh Abd Ghani Haron. Semoga perkongsian ini memberikan pengajaran dan manfaat kepada kita semua. Baca lagi:


SYARAT UNTUK JADI MENANTU , TIDAK MEROKOK

Singgah di sebuah masjid saya terserempak dengan rombongan pengantin, mungkin ada majlis akad nikah di masjid.  Ketika berwuduk di kolah,  saya lihat pengantin lelaki merokok di pintu tandas,  berkepul asapnya.  Agaknya gelabah nak mengadap tok imam.  Majlis akad dibuat didepan mimbar dan ssya bersolat di satu penjuru masjid.  Tok imam mengguna mike dalam qutbah nikah dan akad.  Berkali-kali akad diulang kerana pengantin lelaki tersangkut menerima akad,  tergagap,  terlupa nama bakal isteri,  terlupa jumlah mas kahwin.  Imam suruh rehat seketika untuk bertenang.  Dalam hati saya berkata,  buat dosa dengan merokok,  lepas tu nak buat ibadat terima akad dengan mulut yang baru berbuat dosa,  itulah padahnya.  Saya meninggalkan mereka,  entah sampai bila baru boleh selesai majlis itu. 

Merokok dan vape dah difatwa haram,  haramlah.  Berhentilah.  Kempen kerajaan nampaknya kurang berkesan. Maka saya nak cadang kempen yang tak melibat kerajaan tetapi libat peranan orang Islam sahaja,  kerana rokok ini masalah hukum,  masalah merosakkan diri.  Apa kata jika semua bapa yang ada anak dara meletak syarat untuk jadi menantu, tidak boleh merokok, jika tidak, pinangan ditolak. Beri syarat kepada anak perempuan, suruh bakal suami jangan merokok, jika dok merokok, mula berhenti sebelum masuk meminang. Kalau semua bapa bertegas hal ini, ramai yang akan berhenti merokok kerana orang bercinta sanggup berkorban apa saja. Mungkin ada orang tanya, cikgu cadang cikgu dah buat ka? Sudah, menantu saya masa meminang telah diletak syarat tidak merokok. Ini perkara hukum, kalau dengan rokok sebatang sanggup buat dosa, iman mereka lebih murah dari sebatang rokok, macam tuu kah nak buat menantu, nak menyambung zuriat kita?Tapi kalau kita yang menjadi bapa sendiri merokok, mungkin Allah takdirkan menantu pun merokok sebagai satu kebencian, jika Allah masih menyayangi moga didatangkan menantu yang tidak merokok dan berani menegah. . 

Lebih jauh , jangan pangkah wakil rakyat yang merokok walau dari parti Islam kerana jika dengan sebatang rokok pun tewas, macam mana nak tegak hukum Islam. Guru saya pesan, jangan mengaji dengan guru yang merokok, cakap tak serupa bikin, ada sifat munafik, termasuklah cikgu sekolah. Jika boleh guna Pibg minta tukar cikgu yang merokok disekolah, walau dalam tandas, hantar ke SJK Cina atau SJK Tamil, kerana rokok haram pada orang Islam shj. . Ni mesti ada cikgu naik angin,  minta maaflah,  jika nak marah pun fikir banyak kali. 

Mungkin bila mengambil pekerja pun kena tanya soal merokok kerana pekerja yang merokok biasanya mengotorkan dan tak lama akan berpenyakit. Bila membeli barangan dipasar minggu, atau gerai makanan, jika terlihat yang menjual berkepit rokok, carilah penjual yang lain, kerana kita seolah memberi rezeki ketika dia buat dosa. Nak beri zakat pun lihatlah asnaf yang tidak merokok supaya duit zakat kita tidak diguna pada perkara haram. Jangan berimamkan seorang yang merokok kerana kita yang tidak merokok lebih baik dari dia yang bergelar imam atau ustaz. Nabi melarang kepada mereka yang berbau mulut kerana makan makanan : "Barangsiapa yang makan buah dari pohon ini yakni bawang putih maka janganlah sekali-kali mendekati masjid kita. "(Muttafaq 'alaih)Merokok menyebab bau mulut yang lebih dahsyat. Ustaz yang merokok lebih baik tak dipanggil berceramah kerana mereka ibarat kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik. 

Banyak lagilah kalau nak sebut. Jika kita semua sepakat dengan tujuan untuk kebaikan mereka yang merokok,  supaya mereka patuh kepada hukum Allah, perkara ini boleh berjaya. Ini juga satu dakwah. Kepada mereka yang merokok, saya tidak berniat buruk,  sesungguhnya cadangan yang diberikan adalah dengan tujuan untuk mengembalikan anda kepada jalan yang benar, patuh hukum tuhan.  Ingatlah pesan Allah dlm quran, 'dan janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan'. (surah baqarah 195) .
Sharelah sebagai teguran, moga ada hati yang mahu berfikir dan berubah kepada yang lebih baik. Dilarang memadam nama penulis sebagai satu tanggungjawab dan adab. 


Powered by Blogger.