Header Ads

"Saya merayu, tolong lah jangan aniaya kami"

"Saya merayu, tolong lah jangan aniaya kami"

Tulisan ini dikongsikan oleh Zulfaqar Raqafluz yang meluahkan perasaannya bekerja sebagai juruwang di stesen minyak. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. Baca lagi:


Kepada semua pengguna kenderaan, andai anda ke stesen minyak dan ingin isi penuh, sila silalah bayar deposit dahulu. Sesungguhnya anda takkan kehilangan nyawa hanya kerana membayar deposit. punggung anda takkan terbakar kerana bayar deposit tu. 

Kami, cashier takkan ambil duit anda. ya, memang kami org susah, kerja hanya sebagai cashier stesen minyak, tapi kami bukan pencuri. Jangan marah kami kerana meminta anda berbuat sedemikian. kami cuma buat kerja kami dan kami cuba untuk mengelakkan gaji kami ditolak. Walaupun kerja pam minyak je, tapi kami pun ada tanggungan. 

Macam saya juga, dah berapa banyak gaji saya ditolak sebab orang lari? sepanjang 10 bulan saya bekerja sebagai cashier, dah RM510.25 gaji saya ditolak. semuanya kerana customer yang cakap nak isi PENUH, tapi LARI TAK BAYAR. dah kejar, berenti sebelah dia kat traffic light, dia boleh sodok motor saya dan terus larikan diri. 

Tolong lah. kita semua rakyat Malaysia. kita semua terasa terbeban dengan GST, dengan kos sara hidup yang tinggi. Jadi saya merayu kepada semua pengguna kenderaan jalanraya sama ada kereta, motor, bas atau pun lori. tolong jangan aniaya kami. kami ingin cari rezeki yang halal. 

Kepada tuan punya kereta Myvi JJL 1564, saya minta maaf sekiranya anda rasa saya berkasar dengan anda. 

Sekian, luahan hati dari seorang juruwang stesen minyak yang hina.


Powered by Blogger.