Header Ads

"Dia nak bagi semula duit saya... tapi dia suruh saya pergi sorang"

"Dia nak bagi semula duit saya... tapi dia suruh saya pergi sorang"


Susulan kejadian Pakcik Hanif ditipu penjual HP di Kompleks Kota Raya, seorang lagi individu tampil mendedahkan penipuan penjual HP yang berlaku terhadap dirinya kepada Tuan Roslan Bin Hj Ismail. Baca lagi:

Kisah dia macam ni bang, saya pergi dekat komplek kotaraya pada 30/11/2015, lepas tu saya nampak la harga fon yang dipaparkan oleh kedai kedai kat situ murah, saya pom tertarik untuk membeli Iphone 6 dimana harga RM799 yang diberikan kepada saya.. 

Setelah bertanyakan berkali kali kepada penjual itu tentang ori atau tidak, perlu membuat bayaran tambahan atau tidak, saya telah berpuas hati kerana iphone tersebut adalah original dan dia juga memberitahu tidak perlu membuat bayaran tambahan lagi.. Setelah itu saya pun bersetuju untuk membeli Iphone 6 tersebut dan membayar RM799 kepada peniaga tersebut. Dia meminta saya untuk tunggu selama 10 minit sementara dia pergi mengambil telefon Iphone 6 tersebut.. 

Setelah dia turun dengan membawa Iphone 6 tersebut, dia telah menunjukkan kepada saya resit dimana saya perlu membuat extra payment sebanyak RM3100 bagi network rrp LTE dimana network tersebut pun tidak jelas wujud ataupun tidak. Saya terkejut dengan bayaran tersebut dan dia telah memberikan saya dua pilihan iaitu membayar telefon tersebut dengan harga biasa rm3100 atau menukar dengan telefon lain, justeru dia tidak membenarkan saya untuk membatalkan pembelian kerana dia kata nama saya telah daftar untuk pakej rrp plan.. 

Dia pun tanya, berapa saya boleh tambah, saya cakap , saya boleh tambah RM1200 untuk angkat iphone 6 original ini, dan dia pun bersetuju. Saya pun telah membayar lagi RM1200 untuk mengambil iphone 6 tersebut.. Akan tetapi dia telah menukarkan kepada Iphone 6 klon.. Saya tiada pilihan lain dek kerana sudah lewat malam.. 

Saya membawa pulang Iphone 6 klon tersebut beserta bayaran penuh rm2000. Setelah dua hari kemudian saya telah kembali ke kedai tersebut, peniaga itu menukarkan iphone 6 klon dengan Samsung j5 yang market harga tidak melebihi rm800.. Dengan ini saya rasa sangat tertekan dan tertipu dengan apa yang berlaku kerana saya telah kesempitan wang pada semesta ini.. 

Saya harap ada pihak yang dapat membantu saya.. Terima kasih




Saudara ini turut memohon bantuan Tuan Roslan Bin Hj Ismail dan sekali lagi kes ini berjaya diselesaikan dan wang telah dikembalikan. Berikut salinan mesej beliau yang dimuatnaik oleh Tuan Roslan:






Powered by Blogger.