Header Ads

"Nih saya dapat info macam mana scammer wat keje"

"Nih saya dapat info macam mana scammer wat keje"

Tulisan ini dikongsikan oleh Haris Ismail yang membongkar modus operandi skim cepat kaya. Semoga perkongian ini memberikan pengajaran dan manfaat kepada kita semua. Baca lagi


Dinasihatkan supaya jangan percaya skim cepat kaya or system piramid... nih saya dapat info macam mana scammer wat keje..

1. Saya Ada modal RM100,000 cash. Saya buka satu skim yang ada 3 pakej pelaburan kepada orang ramai. TIARA RM400, WIRA RM4,000 & EXORA RM40,000

2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'. Pada permulaan ramai orang ragu-ragu Tapi Nak tahu. Kebanyakan Orang ramai yang Suka mencuba akan letakkan pakej yang minima TIARA RM400. Pakej TIARA ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan , matang bulan ke 4, mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 dan pakej ditamatkan. Contohnya 1000 orang masuk, total collection dapat RM400,000 . Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal Saya RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4 . Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000. Apa ada hal keluar sikit modal, asalkan trusted. Tengok nanti bagaimana saya sauk duit mereka balik.

3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan akan dapat RM3600 disamping RM100 bulanan. Kebanyakan mereka tidak akan stop bulan ke 4 tersebut sebab menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4. Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.

5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6. Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Exora RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul Duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000. I

7. Hahahaha. Senangnya nak kaut RM40,000,000 dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, Masa ni Saya boleh istihar macam-macam. Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer Sesiapa pon) . Dan Saya tak mampu pulangkan pokok pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur. Untuk meredakan amarah pelabur Saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan. Lama-lama mereka putus harap dan pasrah Duit tersebut telah hangus. Mereka akan lupa. Kan Memang ada pepatah 'Melayu Mudah Lupa' . Lepas kena tipu, kena Tipu Lagi dan Lagi tu dah biasa.

8. Nak bukti trick ni. Tanya orang-orang yang Mangsa Skim Emas dulu, betul tak asalnya dulu diorang masuk sikit jer. Lama-lama Sikap tamak menguasai diri , BERAPA RAMAI HILANG RATUSAN RIBU HINGGA BERJUTA LESAP SEKELIP MATA. Ramai yang dah pasrah pon Duit mereka lesap. Penganjur? Masih bebas ke sana kemari, paling teruk pon migrate ke oversea. Penganjur kecil pon ramai jadi mangsa keadaan. Tapi yang dikejar dan dapat cop scammer diorang ni la.

9. Harap pihak berkuasa memandang serius perkara ni. Cegah dari awal, bukan menunggu hingga ramai Lagi jadi mangsa. Ketatkan penguatkuasaan. Tegaskan hukuman.

10. Yang rasa sentap tu tak kira penganjur ke, agent ke, peserta ke meh Tengok link video ni dulu. Kalau rasa Nak tengok orang kolar putih dapat gelang besi dari real case . Silakan komen sekali senang nak 'detected'. Polis JSJK dan KPDNKK pon tengah mengintai tu.

http://youtu.be/y9vGblZBHTw


-haris ismail
copy paste kat intenet.. share jika benar bermanfaat... benda ni kena kat membe sendiri...


Powered by Blogger.