Header Ads

 "Apa yang dilalui oleh Abg Zulkifli ni adalah prosedur biasa" - Peguam

"Apa yang dilalui oleh Abg Zulkifli ni adalah prosedur biasa" - Peguam

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Buzze Azam yang memberikan pendapat beliau mengenai isu hangat perbicaraan Abg Zulkifli. Baca lagi pandangan beliau sebagai seorang peguam.


Assalamualaikum semua. 

Izinkan saya memberi pandangan untuk menjelaskan apa yang berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan Abg Zulkifli ini tetapi proses undang2 itu harus di lalui dahulu oleh Abg Zulkifli sebelum keadilan di tegakkan. 

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yang di benarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain. 

Tetapi, fakta ini tak boleh di selesaikan di FB. Abg Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yang membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan. Tempohmasa perbicaraan pula boleh selesai dalam tempoh 1 tahun. Di sebabkan kes yang di tuduh terhadap abg Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili abg zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam untuk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yang melibatkan hukuman gantung.

Ok selesai bab abg Zulkifli. So apa jadi dengan keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yang prihatin untuk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga abg zulkifli ni.
Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yang di lalui oleh abg zulkifli ni adalah prosedur biasa. Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara.

Cuma sbb beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yang akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abg zulkifli.

Itu saja yang saya nak cakap sekarang.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguam


Powered by Blogger.