Header Ads

"Jangan Bunuh Perompak, Biarkan perompak masuk"

"Jangan Bunuh Perompak, Biarkan perompak masuk"

Tulisan ini dikongsikan oleh Syahrizzal Arfandy mengenai isu hangat yang diperkatakan iaitu kes Abang Zulkifli dibicarakan oleh mahkamah setelah membunuh perompak. Baca lagi perkongsian beliau:


PERINGATAN: Baca sehingga selesai dan JANGAN BACA TAJUK SAHAJA. Terima Kasih.

Saya ingin menjawab segala makian/cacian orang gramai mengenai kenyataan KPN semalam yang disiarkan dalam kebanyakan media sosial dengan headline “Kita tidak boleh bunuh perompak”

Di sini ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui sebelum tuan/puan mengherdik pasukan polis sesuka hati.

1. Kenyataan Media KPN: Sebenarnya kebanyakkan media telah memutar belit kenyataan media KPN yang berlansung semalam sempena Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JIPS di Bukit Aman. Oleh sebab terlalu ghairah mengejar popularity, kebanyakan pengguna media sosial terlalu mudah meletakkan headline “KPN: Jangan bunuh perompak”. Sedangkan berlawanan dengan apa yang dimaksudkan IG Tan Sri Khalid Abu Bakar. KPN semalam juga ada menyatakan “ Memang ada peruntukan dibawah seksyen 99 Kanun Keseksaan untuk tindakan mempertahankan diri, cumanya ada had tertentu”. Ramai yang malas membaca dan terus membuat justifikasi melalui TAJUK SAHAJA. Akibatnya ramai yang tidak faham dan terus mencaci KPN dan seluruh anggota/pegawai pasukan Polis. Maksud sebenar KPN, untuk alasan mempertahankan diri, janganlah terus kepada membunuh, kerana kita tidak boleh bunuh sewenang-wenangnya.

2. Homicide. Bermaksud bunuh. Bunuh pula boleh dikategorikan kepada dua CRIMINAL HOMICIDE dan JUSTIFIABLE / EXCUSEABLE HOMICIDE.

Saya mulakan dengan Excuseable Homicide yang bermaksud bunuh yang dibenarkan mengikut keadaan dan tidak dikira jenayah. Hal ini termasuklah Killing in Self-Defense (mempertahankan diri), Involuntary Manslaughter (Kematian yang tidak disengajakan asalkan bukan atas sebab Negligence iaitu cuai), Euthanasia (bunuh diri terancang melalui kaedah perubatan dan hanya negara barat mengamalkannya) dll, termasuklah hukuman mati kepada pesalah.

Bagi Unlawful/Criminal Homicides, antaranya Murder (bunuh) yang merangkumi dua First Degree Murder dan Seond Degree Murder (bergantung dengan negara). Dalam situasi ini, bunuh kategori ini adalah jenayah melibatkan bunuh dengan niat atau tanpa niat. Sepertimana terkandung dalam Seksyen 302 dan 304 KK.

Baiklah, bagi seseorang yang dianggap membunuh sebab mempertahankan diri (Killing in Self Defense), mestilah sesuatu yang munasabah dan mengatasi keraguan. Seseorang terlebih dahulu menerima ancaman ASSAULT (serangan fizikal) sebelum dikira mempertahankan diri. Kalau tiada bukti kukuh, keluarga si mati akan mengemukakan untuk RELATED WRONGFUL DEATH CLAIMS, dimana keluarga simati mendakwa bahawa pembunuhan simati adalah JENAYAH dan bukannya MEMPERTAHAKAN DIRI.

Cth: Seseorang mendakwa A membunuh B dan keluarga B mendakwa A menjadikan pembunuhan B seolah-olah suatu insiden rompakan.

A mendakwa B memang merompak dan mahu menyerang dan membunuhnya.

Untuk itu, mahkamah terpaksa melihat kes ini sebagai BUNUH JENAYAH dan keluarga simati berhak menuntut apa jua bukti untuk mengaitkan yang pembunuhan ini dengan tindakan mempertahankan diri.

Kalau tidak, SEMUA ORANG akan BEBAS MEMBUNUH dan MENDAKWA tindakan bunuhnya sesuatu tindakan MEMPERTAHANKAN DIRI.

3. Kes PP v Zulkifli, 2015. Kes ini belum pun diputuskan dan baru sahaja mula dibicarakan. Tetapi yang menghairankan kenapa terlalu ramai yang mengatakan ZULKIFLI DIHUKUM GANTUNG KERANA MEMPERTAHANKAN DIRI. Bahkan pihak Attorney General Chamber (Peguam Negara) dan Pendaftar Kehakiman belum pun menghabiskan laporan. Entah dari mana terlalu banyak andiaian yang Zulkifli ke tali gantung.

Membawa Zulfikli ke dalam perbicaraan adalah prosedur biasa. Hal ini juga untuk kebaikan beliau supaya JELAS BELIAU MEBUNUH UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI dan bukannya BUNUH JENAYAH yang mungkin bakal orang pertikaikan.

Dan keluarga simati berpuashati jika mendapati bahawa Zulkifli memang mempertahankan diri dan sesuatu bukan yang silap. Dan ZULKIFLI tidak AKAN DIBICARA SEMULA untuk dakwaan yang sama bila beliau telah disahkan mempertahankan diri. Insya Allah, pihak polis sentiasa bersama menegakkan kebenaran dan Allah juga sentiasa bersama yang benar.

KESIMPULAN: Sebelum menghakimi sesuatu, pastikan maklumat diterima sahih dan berkualiti. Jangan terlalu mudah mengelabah untuk sesuatu yang anda tidak tahu.

Paling penting, JANGAN BACA TAJUK SAHAJA! Bacalah sampai habis sebab tajuk media pun kadang-kadangnya tak selari dengan isi yang ditulis.
Ada juga yang telah menulis laporan dengan lengkap, tetapi entah kenapa ramai yang memberikan andaian berlainan dengan apa yang ditulis.

Penat penat je abang reporter tulis, headline jugak cukup buat pembaca ni.

Undang-undang di Malaysia, juga sama dengan KEBANYAKAN NEGARA KOMANWEL yang anda KAGUMI dan AGUNG-AGUNGKAN.

Semuanya ada prosedur dan anda perlu faham HAKIM yang dilantik bukanlah BUDAK TADIKA yang menjatuhkan hukuman mengikut nafsu, sepertimana kebanyakan pembaca yang mudah membuat justifikasi HANYA DENGAN MEMBACA TAJUK! PELIK tetapi itulah hakikatnya.

Semoga penjelasan ini menjernihkan justifikasi orang mengenenai sistem KEHAKIMAN, PERUNDANGAN dan juga POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) yang puas dicemuh oleh tuan-tuan yang terlalu mengikut nafsu dalam menyebarkan berita tanpa memahaminya terlebih dahulu.

Sekian

SYAHRIZZAL ARFANDY BIN ADAM

Powered by Blogger.