Header Ads

"Harap jumpa keluarga di jannah"

"Harap jumpa keluarga di jannah"

Tulisan yang dikongsikan oleh Adi Kampung Kuak amat menyayat hati menceritakan perbualannya dengan seorang pencuci yang berasal dari Kemboja. Baca lagi:


Masa duk tunggu anak-anak main kat taman..tiba-tiba nampak seseorang sedang solat di penjuru taman area alamanda.. lepas solat aku panggil dia sembang-sembang dengan aku..

Nama dia Amin. dah 2 tahun duk malaysia lepas lari dari kezaliman junta tentera burma dan tok sami depa.. kerja kat alamanda sebagai pencuci.. Gaji 1200 sebulan tanpa cuti.. kalau cuti gaji potong.. Ya allah dia ni rupanya boleh hafal banyak surah al quran.. 

Dia rindu kat anak-anak..isteri dan ibu bapa dia.. tak boleh balik dah sana.. balik pasti kena bunuh.. cuma yang aku terkesan dia kata dia harap akan jumpa keluarga dia di jannah.. dia nasihat aku supaya banyak bersyukur dan solat tahajjud.. Amin ni ustaz di kampung dia rupanya..


Powered by Blogger.