Header Ads

“Kerana Allah itu kurniakan akak tanpa waris dik”

“Kerana Allah itu kurniakan akak tanpa waris dik”

Tulisan ini dikongsikan oleh Nur Haslinda Mohd Kaus yang menceritakan kisah seorang perempuan yang menyimpan duit untuk perbelanjaan di hari kematiannya kelak. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit pengajaran kepada kita semua. Baca lagi:


Saya melihat seorang perempuan yang setiap bulan duit simpanannya diasingkan dalam 1 kotak.

Duit kematian.

Dalam tu ada anggaran dalam rm10,000 cash.

Katanya. Kalau dia mati, guna duit ni buat beli kain kapan, buat beli kepok, buat bayar duit penggali kubur, buat bayar tempah batu nisan, buat bayar orang yang mandikan dan menguruskannya, buat beli wangiannya, buat beli telekung baru dan gunakannya seusai memandikannya, buat beli air bagi yang datang ziarah kematiannya,buat bayar imam dan ahli kariah surau yang datang mengusung jenazahnya. Buat sedekah orang yang menyambutnya ke dalam liang, buat orang yang menggembur dan menimbus kubur nya.Buat imam yang membaca talkin.

Selesai semua. Kalau berlebih dari duitnya, langsaikan hutang dengan jiran/saudaranya jika ada, kemudian barulah bawakan duit ke tahfiz dan sedekahkan disana.

Diletakkan kotak itu ditepi Quran usangnya. Nota itu, dia tulis di wallpaper handphonenya, diletakkan didalam dashboard keretanya, dilekatkan di fridge rumahnya, di screen monotor ofisnya. Which ever places that people can see the notes.

“Kerana Allah itu kurniakan akak tanpa waris dik”

Harini saya menggelupur risau akan perkara yang tidak pasti (kahwin, anak, gaji, rumah, harta). Tapi saya lupa akan yang pasti (mati).

Saya perhati perempuan ini. Kemudian saya melihat diri saya.
Allah. Apalah yang saya nak kejar dalam dunia ni sebenarnya.


Powered by Blogger.