Header Ads

"Esok kita sama-sama cari ibu susuan untuk Hannah yer?"

"Esok kita sama-sama cari ibu susuan untuk Hannah yer?"

Tulisan ini dikongsikan Abu Hannah. Semoga perkongsian ini memberikan pengajaran kepada semua. Baca lagi:



Siapa kenal beg tu? Ibu-ibu menyusu badan mesti tahu. Dalam tu ada kelengkapan ' tools ' si ibu.

Kalau pergi kerja tertinggal tu, mesti aku kena bertukar menjadi Gaban dan hantar alat tu ke tempat kerja isteri aku.

Kalau tak hantar alat tu, isteri aku akan susah hati. Mungkin akan ambil dirumah sendiri.

Kemana pun dia pergi, beg tu seakan bercantum dengan diri. Seminar, mesayauarat, naik flight. Semua tempat diusung beg itu.

Malam tu aku terjaga, sebab nak buang air kecil. Waktu aku bangun dari katil, aku cuma nampak anak aku. Isteri aku hilang entah ke mana.

"Vebbbb....vebbbb....," kedengaran suatu bunyi dari arah ruang tamu.

Bunyi getaran yang aku biasa dengar. Itulah bunyi getaran alat pam elektrik isteri aku. Memang kebiasaannya dia akan berjaga tengah malam untuk siapkan stok susu anak aku.

Cuma malam ni lain sedikit. Aku terdengar seakan suara orang menangis. Dan kedengaran bacaan Al quran dari telefon bimbit.

Aku intai. Aku nampak satu susuk perempuan sedang menghadap telefon bimbit. Sambil ikut membaca alunan Al quran. Ya... aku masih ingat. Surah Al Qariah.

Aku diamkan diri dan terus memerhati. Baru aku nampak, 2/3 hari ni isteri aku kelihatan sugul. Stok susunya berkurangan.

Aku mengira waktu isteriku datang bulan. " Ehh... baru lepas jer period aritu.," bisikku sendirian. Sebab kebiasaannya sebelum tempoh uzur, pengeluaran susu akan berkurangan.

Patutlah semalam isteriku ada bertanya meminta izin aku untuk mencari ibu susuan buat Hannah. Namun aku tegah. Aku tidak boleh terima. Aku tidak mahu mengalah.

Aku terus ke meja tempat isteriku pam susu. Duduk rapat. Waktu ini aku betul-betul kesal. Aku cuma mementingkan pendirian aku.

" Esok kita sama-sama cari ibu susuan untuk Hannah yer?," jelasku sambil tiba-tiba duduk disisinya.

" Eh.. Awak bangun? ," jawab isteriku sedikit terkejut sambil mengesat air mata.

" Saya nak ke tandas...," jawabku ringkas sambil melemparkan senyuman.

" Awak tak kesah ker? saya mintak maaf. Sebab susu drop. saya pun tak tahu kenapa jadi mcm ni," jelas isteriku menunduk.

" saya ingat saya dah khatam banyak buku pasal penyusuan saya dah bersedia untuk semua ni. saya silap. Tuhan masih nak saya belajar lagi. Kali ni saya kena khatam bab ibu susuan dgn belajar sendiri," jelasku sambil memeluknya erat.

Dan Alhamdulilah. Bantuan dari kawan-kawan FB, aku diperkenalkan dengan Puan Anis yang menetap di Hulu Langat. Puan Anis mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengan anak aku. Zaim nama diberi.

Kini Hannah dan Zaim adalah adik beradik susuan yang sah. Dan kami saling bertukar salinan surat beranak dan menjaga ukhwah ini. Insayaaallah Ahad ini kami akan melawat zaim. smile emoticon

Suami...

Ingat. Perempuan itu adalah isteri. Mereka juga adalah ibu. Ingatan ini untuk aku dan kalian semua.

Jangan di herdik dan diseksa mereka, tatkala kalian ingin menyeksa jiwa dan zahir mereka ingatlah 2 perkara.

Di rahim mereka ada parut. Parut itu parut melahirkan zuriat kita.

Di puting susu mereka juga ada parut, parut itu akibat gigitan gigi zuriat kita.

Saat parut itu terpahat dijasad mereka. Percayalah, ianya sakit. Bahkan mereka menjerit.

Parut itu akan bersuara di mahsayaar bagi pihak mereka. Dan menuntut keadilan mereka di hadapan Sang Raja yang Esa.

Maafkan mereka. Bimbing mereka. Bijakkan mereka. Itulah matlamat kita sebagai pemimpin dalam keluarga.

Lelaki yang hebat, ialah lelaki yang mampu mencintai isterinya berulang kali. Bukan hanya sekali.

Suami...

Ambil masa. Sama-sama muhasabah diri. Nilai balik diri ini. Buat setiap hari.

Ambil masa, intai isteri bangun tengah malam, buat persiapan untuk besarkan zuriat kita.

Kerja mereka tak pernah habis. Kerja suri rumahlah paling lama. 24 jam sehari. Ditambah pula yang bekerja membantu suami disiang hari.

Hamba faham. Tidak mudah menjadi lelaki, sangat perit menjadi suami.

Tapi itu maharnya mendirikan sebuah rumah dan tangga. Mahar membesarkan puteri dan putera.

Kerana...

Hamba juga suami.

Powered by Blogger.