Header Ads

"Jangan menunda-nunda, jangan tergesa-gesa"

"Jangan menunda-nunda, jangan tergesa-gesa"

Tulisan ini dikongsikan oleh Shukery Azizan yang mengulas mengenai isu masalah penceraian yang berlaku baru-baru ini atas sebab-sebab yang remeh dan telah menjadi viral di media sosial. Semoga perkongsian beliau memberikan sedikit manfaat kepada kita semua. Baca lagi:


JANGAN KAHWIN MUDA? (baca sampai habis sebelum komen pelik2)
---

Beberapa hari lepas keluar satu statistik oleh Mahkamah Syariah tentang penceraian yang berlaku oleh pasangan muda di Selangor. Dan bila korang tengok statistik ni, ia SANGAT KRITIKAL !! (ada dalam surat khabar Kosmo!)

Actually saya secara peribadi memang dah sedia maklum tentang perkara ni lepas tanya beberapa pegawai agama. Kes penceraian paling banyak dari kalangan pasangan MUDA. Dalam gambar ni hanya sebahagian KECIL sebab penceraian yang berlaku. Nampak macam remeh kan? Tetapi INILAH REALITI !


Dan penceraian di kalangan pasangan muda ni sebenarnya ada ROOT CAUSE dia. Apakah root cause nya?

1. Antaranya adalah ramai anak-anak muda ingat perkahwinan ni adalah MAGIK. Contohnya ramai yang bersemangat dan berkobar-kobar nak kawin muda atas alasan NAK ELAK MAKSIAT, nak tunduk pandangan, dan sebagainya.

Padahal ramai je orang lepas kawin masih buat maksiat, masih tak tunduk pandangan, masih kacau perempuan lain, masih kacau suami orang lain, dan sebagainya. Sebab apa?

Sebab kahwin BUKAN MAGIK. Kahwin takkan ubah kau punya masalah peribadi dan iman. Yang ubah masalah peribadi dan iman kau adalah TAQWA !! Taqwa ini maksudnya kau taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah SUNGGUH-SUNGGUH serta ikut sunnah Rasulullah semampu yang boleh.

Ya, Taqwa yang akan ubah peribadi kita. Kahwin tu hanya MEMBANTU saja, tapi bukan MENGUBAH. Dan TAQWA ni BUKAN dapat selepas kahwin. Taqwa ni kena usaha sejak SEBELUM KAHWIN lagi.

Kalau sebelum kahwin kau tak tunduk pandangan, selalu tengok video lucah, kacau perempuan, jadi pisau cukur, suka usha lelaki dan sebagainya, selepas kahwin ingat semua ini akan hilang macam tu je?

TIDAK !!

Kalau nak usaha hilangkan, mesti usaha sejak SEBELUM KAHWIN lagi. Dah lepas kahwin tu, pasangan kau hanya boleh tolong sikit-sikit je, selebihnya adalha pada DIRI KAU SENDIRI. Kau yang kena usaha ubah masalah dan dosa peribadi kau.

Dulu pernah sekali masa zaman saya belajar, ada 2 orang pelajar ni berkahwin semasa belajar di sebuah IPT di Malaysia (tak yah tahu IPT mana). Kalau tak silap, masa tu mereka tahun 2.

Kemudian, lepas nak setahun kahwin, akhirnya MEREKA BERCERAI dalam keadaan perempuan tu nak final exam pada tahun 3. Alasan bercerai, sebab bekas suami dia main kayu 3, dan juga bekas suami dia kata,

"tak puas hidup bujang".

Padahal sebelum kahwin punya beriya-iya kononnya kahwin sebab nak tunduk pandangan, nak elak maksiat, etc. Ini kes real.

Sebab tu, sebelum kahwin, perbaiki ketaqwaan kita hari-hari. Setiap kali kutbah Jumaat selalu sebut pasal "PERBAIKI DAN TINGKATKAN TAQWA".

2. Kemudian, ramai juga bagi alasan nak kahwin muda sebab nanti lepas kahwin rezeki murah. So sebelum kahwin tak payah fikir pasal kewangan, sebab kononnya kewangan ni "dunia" je.

Lalu, menyangka lepas kahwin duit akan turun mencurah-curah macam hujan.

KURANG TEPAT. Islam ni BUKAN agama magik. Memang betul perkahwinan akan bagi rezeki berkat, permudahkan rezeki. TETAPI KALAU TAKDE USAHA & IKHTIAR, MEMANG TAK KEMANA.

Sebelum kahwin tahunya tidur lepas subuh, bangun dah tengah hari. Kemudian buat kerja atau cari kerja malas. Sebelum kahwin selalu mengharapkan duit mak ayah kat kampung sebab malas nak berdikari cari sendiri.

So lepas kahwin pun tak nak berubah, atas alasan "nanti murah rezeki". Tapi solat pun tak jaga, amal entah ke mana, tidur sampai ke laut, dah kahwin pun selalu main game sampai abaikan tanggungjawab, dan sebagainya.

Macam mana rezeki nak datang melimpah ruah dan berkat?

3. Lepas tu bila dah bercerai, salahkan pula TAKDIR.

"Ini semua takdir, nak buat macam mana.."

Urgh ! Dalam buku "Aku Bukan Malaikat" pun saya ada ulas secara detail tentang "Apa Itu Takdir?". Baca kat sana. Tapi nak kata, bercerai ni bukan semata-mata takdir, ia juga adalah pilihan. Sebab tu cerai ni adalah perkara halal yang Allah benci. Allah bagi pilihan pada kita, sama ada nak buat, atau tak nak buat.

4. Selain tu, dalam rumahtangga sebahagiannya LANGSUNG tak HIDUP AMAL FARDI seperti solat berjemaah, baca Quran, baca hadis, budaya BERBINCANG SUAMI ISTERI, bangun tahajjud, dan sebagainya.

Budaya ni maybe berlaku pada awal perkahwinan, ya la sebab masih "manis" lagi. Lepas dah pertengahan, terus "kering". Lalu hilanglah sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga.

Nauduzubillahiminzalik.

Dan banyak lagi faktor bercerai muda ni selain dari tak matang, dan sebagainya. So apa solusinya?

Adakah solusinya JANGAN kahwin muda?

SALAH !! Kalau nak kahwin muda, KAHWINLAH MUDA. Sebab perkahwinan itu antara solusi terbaik.

TETAPI, buat PERSEDIAAN betul-betul. Sebab kahwin ni BUKAN PERKARA main-main. Ia melibatkan maruah, kehormatan, aib, tanggungjawab, hubungan antara keluarga dan melibatkan perjalanan akhirat kita, sama ada ke Syurga, atau Neraka.

So, apakah persediaan nak kahwin? Saya dah hurai dalam buku Aku Bukan Malaikat tu. Panjang lebar, nanti taip kat sini status ni makin panjang.

Cuma ingat,

nak bernikah JANGAN MENUNDA-NUNDA, dan JANGAN TERGESA-GESA. Buat persediaan betul-betul, bukannya main redah gitu saja.

------

Sebab tu juga saya tulis dalam buku "Aku Bukan Malaikat" dalam bab "Bernikah Tanpa Couple?", saya terangkan secara DETAIL, apakah itu "Kewangan yang kukuh", persediaan, dan sebagainya. Nak baca, boleh baca di :

http://www.tarbiahsentap.com/…/macam-mana-nak-nikah-tanpa-c…

Moga bermanfaat. Wallahu'alam

------------

p/s : Siapa yang masih TAK NAMPAK apa point yang saya nak sampaikan, takpelah, saya simpulkan untuk anda.

1. Berkahwinlah, sebab ia antara sunnah terbesar Rasulullah. Siapa tak nak kahwin, Rasulullah tak mengaku umat. So wajib usaha untuk kahwin.

2. Berkahwinlah muda. Sebab Rasulullah sendiri suruh pemuda kahwin muda. Tetapi APA SYARATNYA? Syaratnya adalah MAMPU.

Apa yang dimaksudkan dengan MAMPU? Saya ada hurai dalam buku saya.

Kalau TAK MAMPU? Bukannya tak payah kahwin, kalau tak mampu PUASA. Puasa dalam erti kata, berusaha ke arah mampu !

3. Nak kahwin ni bukan benda MAIN-MAIN. Ia SERIUS. Ia melibatkan maruah, aib, tanggungjawab, hubungan keluarga bahkan sampai tahap perjalanan kita ke Syurga atau Neraka.

So disebabkan ia bukan main-main, so ia perlukan PERSEDIAAN. Apakah persediaan itu?

Saya ada hurai dalam link : http://www.tarbiahsentap.com/.../macam-mana-nak-nikah...

4. Bila dah kahwin, kena tahu tanggungjawab. Bukannya dah kahwin, anggap semua macam "magik". Semuanya berubah sekelip mata. No such thing.

Kena usaha, dalam masa yang sama tawakal.

Mohon tegur kalau saya salah. Wallahu'alam

‪#‎AkuBukanMalaikat‬
‪#‎ShukeryAzizan‬

Powered by Blogger.