Header Ads

"Kami rancang ambil tindakan undang-undang" Pemilik Me'Nate Steak Hub

"Kami rancang ambil tindakan undang-undang" Pemilik Me'Nate Steak Hub


Susulan penyebaran berita daripada sebuah blog dengan tajuk "Tukang Masak dedah bil makan rumah Perdana Menteri RM19284.80 sehari", pemilik restoran yang tertera dalam bil itu tampil memberikan respon di laman Facebook beliau. Mustaffa Othman dalam kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan merancang mengambil tindakan undang-undang kepada penyebar fitnah tersebut. Baca lagi:



Assalamualaikum semua.
Kenyataan Rasmi.

Me'nate Steak Hub menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga daging yang kononnya di sediakan di Seri Perdana baru-baru ini. Setelah kami menyemak tanda harga tersebut adalah PALSU dan tidak terdapat di dalam sistem inventori kami. Tanda harga serta nota berikut semacam dirancang untuk dipamerkan itu tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan oleh Me'nate Steak Hub di semua outlet kami ditambah pula semua tanda harga kami mempunyai barcoding yang tersendiri berbeza dengan apa yang telah diviralkan. Hidangan yang dipamerkan juga tidak masuk akal. Jika makan steak dan Matsusaka manakan boleh ada nasi dan lauk lauk lain. Gambar tukang masak juga bukan Chef dari Me'nate. Kami berasa amat amat dukacita dengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan politik untuk mengheret kami ke dalam kancah Politik FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini.

Pihak kami sedang merancang serta sedang mendapatkan nasihat peguam kami dan sedang di dalam proses untuk menasihatkan kami akan bentuk tindakan undang-undang yang sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan KEPALSUAN & FITNAH ini. Jika perkara ini tidak dihentikan dan berterusan kami tiada pilihan lain selain daripada membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan susulan.

Mustaffa Othman
Pemilik Me'Nate Steak Hub


Tanda Harga yang kurang jelas tertera nama restoran Me'Nate. 



Powered by Blogger.