Header Ads

"Anakku, alangkah deritanya melihatmu menanggung derita"

"Anakku, alangkah deritanya melihatmu menanggung derita"

Cerita ini dikongsikan oleh Puan Ummu Arif yang menceritakan keadaan kesihatan anaknya dan dugaan yang dialami oleh keluarga mereka. Semoga perkongsian beliau memberikan sedikit pengajaran kepada kita semua. Baca lagi:


Anakku, terimbas saat usia dikau sebulan lebih.. telah dizahirkan Allah SWT, dikau lain dari anak-anak lain. Ada tompok merah pelik di kepalamu, ada kerak ganjil d ubun-ubunmu, ada ruam merah yang kadang muncul kadang hilang malah ada yang tak menghilang..bertambah teruk walau bermacam sapuan digunakan. Ada yang kata ruam susu lalu ummi dipersalah.. abi disergah. Ruam susu apa jika diwajahmu bukan sekadar ruam merah tetapi berkerak-kerak.

Anakku, apabila usiamu masuk dua bulan. Kulitmu bertambah sensetif. Kepalamu bukan sekadar berkerak tetapi bernanah..busuk.. Ruam diwajahmu kian merebak hingga ke jari-jari kakimu malah bernanah gatal juga luka. Di lidahmu ada keputihan. Punggungmu luka sepert ditoreh-toreh. Najismu terlalu busuk walau hanya menyusu badan, setiap kali dikau buang angin, bunyinya terlalu kuat lagi busuk malah sering dikau menjerit kesakitan saat membuang angin apalagi saat buang air. Musykil?

Anakku, alangkah deritanya ummi abi. Melihat insan sesucimu & sekecilmu menanggung derita yang tak terkata. Jika dulu senyumannu tak pernah lekang, tawamu tak pernah hilang, ceriamu seakan tiada berkesudahan dikau jarang menangis malah jika kelaparan dikau hanya memberi isyarat badan saja tapi kini tangisanmu seakan tiada kesudahan siang malam kerna gatal, panas, rimas.

Dikau hanya ingin berada & tidur dipangkuan ummi maka ummi perlu ke hulu hilir mendukungmu, wajib tidur duduk bersila memelukmu. Lantaran peritnya jasadmu menyentuh selain pangkuan ummi. Abi seakan-akan orang asing padamu, dikau bukan saja tidak mahu didekati malah melihat wajah abi pasti dikau meraung dalam tangis. Tapi ketahuilah anakku.. demimu, abi tidak bekerja kerana bukan sekadar seluruh pekerjaan rumahtangga abi perlu lakukan tetapi makan minum ummi, abi perlu suapkan. Sayang, orang tuduh abi pemalas! Memang kita bertambah susah sayang. Kewangan lumpuh selumpuh lumpuhnya. Sehingga kita terpaksa berpindah secara mengejut. Ujian umpatan serta fitnah dari orang sekeliling jangan dikata. Kalau sekadar yang kata dikau kena sawan tangis, perut kembung tak apa lagi..Tidak mengapa anakku.. ummi abi tak kisah soal mulut orang.. mereka tak tau kita derita.

Anakku, berulang-alik kita ke klinik ke hospital.. bertukar-tukar ubat dari selemah-lemahnya dos hingga sekuat-kuatnya dos telah menyentuh jasadmu yang kemerahan, kering bersisik, bernanah.. Ironinya deritamu makin bertambah, badanmu bertambah lemah hilang sudah sikapmu yang sering menggerakkan-gerakkan seluruh kaki tangan juga badanmu. Dikau hanya terbaring layu bersama wajah muram. Sungguh hidup kita semakin suram.

Anakku, alangkah mengejutkan apabila pakcikmu yakni seorang doktor memaklumkan keburukkan dari tindakkan ummi abi menggunakan ubat-ubatan yang selama ini kami gunakan. Dalam terkejut kami buntu. Jalan apa lagi buat kita anakku sayang.. jalan apa lagi.. ummi hanya mampu menangis.. abi terus terkedu.

Anakkku, telah diusahakan demi kesembuhanmu rawatan tradisional hingga ke rawatan islam, guna berbagai-bagai produk kesihatan sunnah, juga produk kesihatan dari teknologi bukan islam. Tidak cukup sekadar itu ummi cari lagi maklumat melalui internet bertanya kawan-kawan dll. semoga bertemu produk atau rawatan terbaik untukmu. Kasihnya Allah SWT, ummi abi belajar kebanykkan produk-produk kesihatan dari yang terkenal hingga tak mengandungi unsur yang merosakkan malah produk sunnah banyak yang tidak tulen seperti minyak zaitun, habatus sauda dll. Patutlah selama menggunakan minyak zaitun, kelapa & berbagai-bagai makanan sunnah lain terutamanya makin teruk. Alhamdulillh anakku, sakitmu ini membawa hikmah bertubi-tubi.

Anakku, alhamdulillah ada jalan keluar. Allah SWT telah temukan kita dengan insan-insan yang membantu kita dalam banyak segi. Atas nasihatnya, dengan minyak zaitun ummi sapu di punggungmu yang luka.. dengan minyak habatus sauda ummi sapu di mana-mana bahagian yang teruk atau sekadar buat makanan tambahan kita. Ummi makan bawang putih mentah selalu malah menambah jumlahnya jika tiba tarikh new moon/full moon..

Saat itu juga, dikau bertambah teruk, maka akan mandikan atau lapkan dengan ACV jika badanmu gatal. Jika dikau rimas panas, air roibostea bersama uncangnya akan dijadikan mandian atau dilap. Ingat lagi kita dipaksa tidur di rumah seorang jiran dengan aircord kerana cuaca terlalu panas malamnya menyebabkan dikau rimas meraung kesakitan. Bermati-matian abi cari duit demi untuk memasang aircord kerana malu duduk rumah jiran lama-lama.

Bermatian-mati lagi mencari kewangan untuk memasang penapis air terbaik. Ummi makan biji betik, banyakkan minum air kosong bertapis, berhenti makanan & minuman proses juga ringan. Jauhi gula. Ummi hanya minum roibostea kosong. Jauhi juga msg, tepung. Makan ayam kampung atau organic saja. Usahakan untuk makan ikan segar yang tidak berbisa & gatal. Beratmu makin susut bersama berat ummi.. Abi pun begitu rupanya sebab melakukan catuan demi melebihkan kita berdua.. insyaAllah sayang jadikan ini perangsang untuk kita berusaha ke arah kesembuhan. kita buktikan cara kita terbaik.

Anakku, usiamu makin meningkat bersama perubahan kesihatanmu. Proses demi proses detox telah kau lalui setelah melalui berbagai-bagai rawatan hingga yang terkini.. Alhamdulillh dipertemukan kaedah rawatan yang serasi denganmu hampir sebulan rawatan dengan menahan hati & perasaan melihat proses menyembuhanmu yang cukup menggegarkan jiwa, meluruhkan jantung, menyiat-nyiat hati, memecahkan air mata, menggongcang kewarasan, mencabar kesabaran, menggugah iman..

Alhamdulillah. Kini dikau semakin sembuh. Susah kita mungkin tak sesusah orang lain. Derita kita memang tak sederita orang lain.

Tapi dinukilkan kisah ini moga jadi perangsang buat yang ingin mengerti. Yang penting buat ingat diri.

Semoga kesembuhan ini juga diberi pada mereka yang mencari berterusan bersama sebanyak-banyak kebaikkan.

Terima Kasih
Dr Encik Hafiz Sulaiman.
Dato' Dr Suriya Osman.
Eczema Malaysia
Kumpulan Sokongan Eczema
Supermom Eczema

‪#‎Redoxamin‬
‪#‎Elixir‬
‪#‎Homeopathy‬
‪#‎almanna‬
‪#‎makanansunnah‬

Powered by Blogger.