Header Ads

"Bila anak besar, apa dia kasi kita ambik saja"

"Bila anak besar, apa dia kasi kita ambik saja"

Tulisan ini dikongsikan oleh Fatihah Ismail yang menceritakan perbualan di antara dia dengan seorang wanita cina di sebuah Hospital. Perbualan itu walaupun sekejap namun memberikan pengajaran terhadap realiti sebenar yang berlaku pada hari ini. Baca lagi:


Realiti hidup

Pagi tadi saya duduk di tempat menunggu untuk pesakit sambil melihat student bagi talk tentang pemakanan untuk pesakit diabetes

Ada seorang chinese auntie datang dan duduk di sebelah saya. Ayat pertama biasalah, 'awak orang melayu ke?'. Saya iyakan sambil senyum

'Iya meh? Saya ingat russian tadi..' Ahaahaa kembang sekejap iolss..

Auntie tu sambung cakap lagi, kita memang suka maa dengar ceramah macam ni... semua betul tapi bila mau buat manyakkk susah..

Saya tanya apa yang susah auntie? Nak kawal selera ke?

Auntie kata itu manyakk senang. Tapi bila sudah tua, duduk sama anak, ikut saja maa anak kasi apa. tak boleh minta-minta nanti..... Sambil buat isyarat tangan orang bergaduh. Saya gelak je

Auntie sambung lagi, dulu masa anak kecik kita mesti pikir dia mau makan apa, dia suka apa. Kita tak suka tak apa janji anak suka. Bila anak besar, tak mungkin anak mau tanya kita boleh makan apa. Apa dia kasi kita ambik saja.

Nasib baik giliran auntie tu dah sampai untuk jumpa doktor. Silap haribulan saya kesat airmata depan auntie maa. Rasa macam kena tampar sedas bila auntie cakap macam tu.

Teringat ibu bapa di kampung.

Powered by Blogger.