Header Ads

"Aku mati-mati ingat baby dah tak ada"

"Aku mati-mati ingat baby dah tak ada"

Tulisan ini dikongsikan oleh Dr Muna Solleh menceritakan kejadian seorang pesakit yang cuba menggugurkan bayi kandungannya menggunakan pil Misoprostol. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit pengajaran kepada kita semua. Baca lagi


"Dr, ade case dari resus. Induce abortion" - sn
"Oh.. ok" - aku. Sambil kepala ligat fikir.

tak lama lepas tu patient sampai pac
Aku mula belek resus notes

"18 years old. Unmarried. Student. Took misoprostol per vaginally 5 tablets last night. And 4 tablets this morning. Misoprostol given by partner. Presented to hospital today due to pain"

Brief history yang buat aku terbayang dasyatnya manusia.

Dalam kepala aku masa tu, baby mesti dah kiok. Mesti dah tak ada. Mesti dah gugur.
9 biji misoprostol in less than 12h gap.

Tengok scan result

"Fetal heart activity seen"
...

Mata aku kabur
Pipi aku panas

Aku mati-mati ingat baby dah tak ada.
Hampir 10 biji misoprostol masuk.

Tapi nak cakapnye tak ada setitis pun darah yang keluar.

Betapa Allah nak tunjuk kuasa Dia harini depan mata kepala aku.
Betapa kalau rakusnya manusia nak bunuh baby dalam rahimnya, takkan terdaya kalau Allah nak baby tu hidup.

N aku just tak boleh tahan takung dada
Bila aku bayangkan baby tu dalam perut.
Bende bernyawa weh.
Apa dia rasa?

Aku pun mula clerk patient
Specialist sampai
Clerk sekali

Aku tengok beberapa kali specialist hampir hilang sabar bila patient macam acuh tak acuh tak nak jawab. N sesekali agak rude jawab soalan.

"Kita nak tolong awak ni. awak kene jawab soalan.."

"Apa nak jadi dengan awak ni.. mak ayah awak tahu tak ni? Awak taknak anak dah ek lepas ni? Rahim awak boleh pecah tahu tak? Kami doktor nak guna ubat ni pun takut"

Then specialist scan lagi skali
Again fetal heart activity seen.

Cukuplah momen sekejap ni untuk tunjuk kat aku betapa Allah tu maha kuasa.

N tak lama lepas tu patient naik ward
Aku dengar berita dari ward, baby tu lahir.
Hidup.

24weeker. 6 bulan. Dah cukup sifat pun.

tapi kawan aku cakap kondisi baby makin lemah n lemah.

Pity u baby

Kalau benar Allah nak kau hidup, jadilah manusia dan belalah agama

Kalau Allah nak kau pergi, pergila jauh dari dunia yang penuh dgn manusia yang dah tak ada hati dan jiwa

Sebab saat kau dibunuh oleh mak ayah sendiri
Allah tu maha menyayangi.

Rahmat Allah tu luas baby.
Walaupun seribu manusia membenci.

Dah tak mampu taip

Moga dosa tak terbeban pada bahu sendiri
yang Allah dah bagi nikmat kefahaman agama
N yet apa yang telah aku buat untuk ummat ni..?

Tak cukup pun dengan hanya menjadi seorang doktor
Tak cukup pun belajar pandai2 n dapat ijazah segulung

Balik kampung akhirat Allah akan tanya apa yang kau dah buat??

Apatah lagi yang dah disapa dengan tarbiyyah, n yet apa yang kau dah buat?
Hu

Moga hidayah sempat menyapa kita sebelum kita pulang menuju Dia.

Dan moga al Hadi sudi memimpin langkah langkah rapuh kita

“Katakanlah: “wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az Zumar: 53)


Powered by Blogger.