Header Ads

"Saya kalah dalam pertempuran, Tetapi menang dalam peperangan"

"Saya kalah dalam pertempuran, Tetapi menang dalam peperangan"

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Shahril Abdul Kadir menceritakan kisah jatuh bangun usahawan bumiputera yang disegani. Semoga tulisan ini memberikan inspirasi kepada kita semua. Baca lagi


" SAYA KALAH DALAM PERTEMPURAN, TETAPI MENANG DALAM PEPERANGAN " - Tan Sri Hamdan Mohamad, CEO Ranhill Holdings Bhd

Lama aku tak dengar cerita jutawan bernama Tan Sri Hamdan ni. Dulu era tahun 2000, siapa tak kenal Hamdan dengan syarikat Ranhill itu. Ranhill ni sebuah konglomerat zaman itu yang mendapat banyak kontrak dalam industri minyak dan gas. Namun 'tragedi' menimpa. Pada tahun 2013, kira-kira lagi seminggu sebelum syarikatnya hendak disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia, Hamdan terpaksa membatalkan pelaksanaan tawaran awam permulaannya (IPO) bernilai RM753 juta itu. Beliau juga terpaksa bayar balik semua wang pelabur yang beli IPO tersebut!

Ini kerana PETRONAS menggantung syarikat Perunding Ranhill Worley (PRW), syarikat 90 peratus milik Hamdan, selepas 'kajian semula' kerja pembinaan projek mereka di Melaka. Kontrak tersebut merupakan sumbangan penting terhadap hasil pendapatan Kumpulan Ranhill. Lepas tu, dahlah kena bayar balik duit pelabur, nasib Hamdan bagai jatuh ditimpa tangga kerana kena denda pula dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dekat setengah juta ringgit kerana gagal memaklumkan kepada SC dengan segera mengenai penggantungan lesen yang dikeluarkan oleh Petronas kepada PRW.

Sejak itu kita dah lama tak dengar cerita Hamdan dan syarikat Ranhillnya itu.

Rupa-rupanya diam-diam beliau 'berisi'. Hamdan rupa-rupanya kini sudah memperoleh beberapa projek loji rawatan air sisa industri di wilayah Liaoning dan Jiangxi, China pada asas bina, urus dan pindah untuk 29 tahun. Kini Hamdan melalui syarikatnya, Ranhill Water Technologies memiliki 12 loji air, air sisa industri serta kitar semula air di China, dengan jumlah aset bernilai US$128 juta! Yang paling hebat, akhirnya syarikatnya berjaya juga disenaraikan dalam pasaran utama Bursa Malaysia semalam!

Dalam temubual dengan The Star baru-baru ini, Hamdan menyebut: " You could say I lost the battle but I won the war! (Anda mungkin kata saya kalah dalam pertempuran, tetapi saya menang dalam peperangan!) "

Lain macam. Welcome back Tan Sri Hamdan!



Powered by Blogger.