Header Ads

255 PATI ditahan dalam Operasi Bersepadu MKN di Sandakan, Sabah

255 PATI ditahan dalam Operasi Bersepadu MKN di Sandakan, Sabah


Gambar operasi bersepadu - Ehsan MKN Sabah

SANDAKAN (17 Jun 2016) - Seramai 255 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh pelbagai agensi yang diteraju Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah (MKN Sabah) di sekitar daerah Sandakan, semalam.

Dalam operasi yang dijalankan selama dua hari bermula 14 hingga 16 Jun 2016 itu, seramai 592 orang disyaki PATI telah diperiksa. 

Hasil pemeriksaan lanjut, seramai 255 PATI ditahan berumur di antara 14 hingga 65 tahun. Daripada tangkapan itu, 170 orang adalah warga Filipina dan 85 orang warga Indonesia.

Kesemua PATI tersebut ditahan reman dibawah Akta dan Peraturan Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana kesalahan memasuki dan berada di negara ini secara haram. 

Mereka kini telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara Sibuga sementara menunggu keputusan siasatan lanjut selama 14 hari. -The Alternatif


Powered by Blogger.