Header Ads

4 lagi rakyat Malaysia diculik di Sabah - Lapor Media Filipina

4 lagi rakyat Malaysia diculik di Sabah - Lapor Media Filipina

SEMPORNA - Pihak berkuasa Filipina sedang membuat pengesahan mengenai laporan mengatakan 4 orang warganegara Malaysia diculik dari perairan Sabah dan dibawa ke Sulu pada khamis, pagi ini.

ABS-CBN mengambil maklumat tersebut daripada Ketua Polis Tawi-Tawi S/Supt. Joselito Salido, yang mengatakan kumpulan penculik itu membawa tebusan ke perairan Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.

Perintah Tentera Mindanao Barat turut cuba mengesahkan laporan itu. Tiada maklumat lanjut diterima.

Sumber daripada Pihak Keselamatan di Sabah mengatakan mereka tidak menerima apa-apa maklumat ketika ini tetapi akan cuba mengesahkan dengan rakan sejawat mereka di Filipina.

Pada kejadian penculikan April lalu, Kumpulan Abu Sayyaf menculik empat rakyat Sarawak di luar Pantai Timur Sabah. Namun, keempat-empat mereka telah dibebaskan pada minggu lepas.

(Laporan asal - The Star )



Powered by Blogger.