Header Ads

490 PATI Filipina dihantar pulang malam ini

490 PATI Filipina dihantar pulang malam ini


Feri Penumpang yang membawa PATI Filipina dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga. -  Gambar Ehsan MKN Sabah

Sandakan, 28 Jun 2016: Seramai 490 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar pulang ke negara asal mereka, malam ini secara besar-besaran dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga. Semua pendatang asing tanpa izin tersebut berusia diantara 1 bulan hingga 60 tahun.

Setiausaha Keselamatan Negeri Sabah, Rodzi Md Saad, berkata, bagi tempoh Januari hingga hari ini, seramai 13,145 pendatang asing tanpa izin sudah dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Daripada jumlah itu, seramai 10,761 PATI warga Filipina, diikuti 2,289 Indonesia dan 95 lain-lain warganegara.

"Jumlah keseluruhan PATI yang telah di usir ke negara asal mereka sejak 1990 hingga hari ini telah berjumlah seramai 543,086" katanya dalam sidang media sempena penghantaran pulang pendatang tanpa izin di sini, sebentar tadi.

"Penghantaran pulang PATI dilakukan secara serius dan berterusan oleh MKN Sabah dan ini menjadi petunjuk kesungguhan kerajaan dalam membanteras PATI di Negeri Sabah" tambahnya lagi.

Sementara itu, seramai 4,989 PATI masih ditahan di empat Pusat Tahanan Sementara di Seluruh Negeri Sabah. - The Alternatif


PATI warga Filinipina menaiki Feri sambil diperhatikan oleh Setiuasaha MKN Sabah, Rodzi Md Saad. - Gambar Ehsan MKN Sabah



Powered by Blogger.