Header Ads

Baca 1 Juzuk Al Quran, dapat 2 liter minyak percuma di Indonesia

Baca 1 Juzuk Al Quran, dapat 2 liter minyak percuma di Indonesia



Syarikat minyak Indonesia, PT Pertamina (PERSERO) melakukan satu program amal yang kreatif apabila memberikan minyak percuma  sebanyak 2 liter kepada warga Indonesia sekiranya berjaya menghabiskan 1 juzuk Al-Quran.

Ramai rakyat Indonesia mengambil kesempatan ini sejak program dimulakan pada hari pertama puasa 7 Jun di Indonesia. Mereka yang berjaya menghabiskan 1 Juzuk akan diberikan voucer percuma 2 liter minyak jenis Pertamax (Petrol).

Menurut Naib Presiden Komunikasi Korporat Pertamina, Wianda Pusponegoro, program tersebut dilakukan atas permintaan Pemerintah Daerah setempat yang mahu menggalakkan aktiviti mengaji Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan.

Poster dan bunting yang diedarkan ternyata menarik ramai orang untuk mendaftarkan diri dalam aktiviti tersebut.

Rio (19), yang kebetulan tinggal di belakang salah satu stesen minyak yang terlibat, turut mendapat voucer yang ditawarkan setelah lulus membaca 1 juzuk Al Quran selama hampir satu jam.

"Saya tahunya dari berita. Ternyata benar. Akhirnya, saya daftar, baca satu juz, dapat dua liter. Lumayan kan." katanya

Rio mengaku tidak menemui kesulitan dalam membaca Al Quran. Ia membaca surat Al Baqarah sebanyak satu juz.

"Sudah biasa, jadi tidak susah. Lagipun membaca Al-Quran sudah jadi pahala lagi-lagi di bulan puasa" Katanya lagi

Terdapat 5 buah stesen minyak yang menjalankan aktiviti seperti ini di ibu negara Indonesia. Jakarta.

- The Alternatif



Powered by Blogger.