Header Ads

Buang Title 'Imam Muda', Ammar mohon maaf secara terbuka

Buang Title 'Imam Muda', Ammar mohon maaf secara terbuka


Status Facebook Imam Muda Ammar

Akibat mengundang kemarahan Netizen melalui status seperti menyokong "Anti Vaksin" dalam kes kematian kanak-kanak akibat difteria, Imam Muda Ammar memohon maaf untuk kesekian kalinya.

Pada mulanya, beliau cuba untuk memberikan penjelasan bahawa statusnya itu sebenarnya bertujuan cuma mahu pandangan golongan Anti Vaksin dihormati. Namun, penjelasan itu masih tidak dapat diterima oleh Netizen. 

Akhirnya, Imam Muda Ammar telah mengeluarkan satu lagi permohonan maaf secara terbuka dan mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan title "Imam Muda".

Berikut adalah permohonan maaf yang dikeluarkan melalui Facebook "Hamba Berdosa":

Assalamualaikum Semua Rakyat Malaysia.

Sekali lagi saya ingin memohon maaf atas status sebelum ini yang mengundang kemarahan ramai. saya telah pun memohon maaf secara terbuka, Namun saya merasakan permohonan maaf sahaja tidak cukup . Saya merasakan perlunya penjelasan dibuat bagi menjernihkan ketelanjuran dan silap faham yang berlaku.

1. Saya memohon maaf kepada semua.

2. Status tentang vaksin yang agak kasar itu sepatutnya tidak ditulis. Sebenarnya ia adalah tindak balas daripada statement seseorang di fb yang terlalu menyalahkan ibubapa yang melarang anak mereka daripada divaksin. Sehingga tulisan itu seolah melebihkan kuasa vaksin daripada kuasa Allah SWT. Disini beberapa penjelasan :-

a) Tulisan sindiran itu timbul daripada perasaan marah kerana tulisan seseorang yang saya baca di fb yang mana tulisan itu seolah2 menafikan kuasa Allah SWT. Vaksin adalah asbab dan perantara, Tetapi segalanya berlaku dengan izin Allah SWT . Apakah saya tidak merasa marah apabila seseorang mengatakan ada sesuatu yang lebih hebat daripada Kuasa dan Takdir Allah SWT. Tetapi tidaklah kita perlu meninggalkan Asbab dan perantara, kapal ingin berlayar perlukan air.

Jadi... adakah saya anti vaksin ?

b) Saya berpandangan terbuka dalam masalah vaksin kerana mendapati ramai yang menggalakkan penggunaan vaksin seperti Doktor Hospital dan ramai juga yang tidak mahu langsung menggunakan vaksin seperti Pengamal Perubatan Alternatif sebahagiannya. Sejak isu ini viral, ramai rakan2 menghantar mesej saya secara personal menyatakan sokongan mereka kepada saya.

Bagi saya pula, saya BUKANLAH anti vaksin . Demi Allah , saya membiarkan anak saya diberikan suntikan vaksin selepas kelahiran. Kalau saya anti vaksin mana mungkin saya membiarkan anak saya disuntik Vaksin ? Dan saya menyarankan kepada ibubapa agar berbincang dengan para doktor dan pakar yang terbaik untuk anak mereka kerana mereka lebih arif. Tambahan pula, Fatwa telah mengharuskan dan menggalakkan vaksin, mana mungkin saya lebih arif daripada Doktor dan Mufti.

Mungkin ada yang mempersoalkan post saya sebelum ini (agak lama dahulu) di IG yang mana saya telah upload gambar yang dipetik daripada buku tulisan Jerry D. Gray dalam buku bertajuk Trust No One,Penulis telah menulis lebih daripada 50 muka surat berkaitan bahayanya vaksin. Post itu bertujuan ingin mendapatkan respon masyarakat tentang perkara yang ditulis serta jawapan daripada dakwaan penulis akan bahayanya vaksin. Tambahan pula ramai saudara mara saya yang turut menjadi rakan FB dan IG adalah dikalangan Doktor. Ianya sepertimana anda share status saya sebelum ini bukannya bertujuan setuju dengan status saya tetapi share tanda tidak setuju dan supaya saya dihentam. Post itu bertujuan mendapatkan respon daripada pakar yg terdapat dalam fb dan IG saya. Dan kalau benar dakwaan Jerry D, Gray itu yang mengatakan Vaksin adalah berbahaya, maka seharusnya kerajaan Malaysia menyekat kemasukan buku2 tulisan beliau kerana menimbulkan kekeliruan.

Jadi tulisan itu sebenarnya disebabkan rasa marah saya kerana seseorang Muslim menafikan kuasa Allah SWT, bukannya kerana anti vaksin. Apabila menulis dalam keadaan marah, maka tulisan saya agak keterlaluan dan jauh daripada maksud sebenar yg dimaksudkan. Jadi untuk kesekian kalinya saya mintak maaf.

Saya sedar yang tulisan itu tidaklah maksud sebenar yang dimaksudkan tetapi sebaliknya.

3. Saya bukanlah Doktor atau Mufti, Rujuklah kepada Pakar Perubatan anda.

4. Atas nasihat anda, saya telah buang title Imam Muda, jadi jangan libatkan Imam Muda yg lain. Saya hanyalah hamba berdosa.

5. Setiap manusia sering melakukan kesilapan, Jadi maafkan saya.

6. Saya bukan anti vaksin tetapi saya anti ucapan yang menafikan kuasa Allah,

7. Mungkin saya perlu hadiri kelas bahasa agar lebih tepat kepada maksud yang disampaikan.

8. Anda boleh Pm saya jika perlu kita berbincang dengan harmoni.

9. Maaf sekali lagi.

- Ammar

The Alternatif



Powered by Blogger.