Header Ads

Kanak-kanak nyaris maut kepala sangkut dalam paip

Kanak-kanak nyaris maut kepala sangkut dalam paip



Beijing: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun nyaris maut selepas kepalanya tersangkut di dalam sebatang paip ketika bermain di kedai keluarganya.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu bermain dengan batang paip berbentuk ‘L’ di kedai milik ibu bapanya di wilayah Zhejiang.


Kanak-kanak itu dipercayai memasukkan kepalanya di dalam batang paip berkenaan, tetapi apabila dia mahu mencabutnya ia sudah tersekat.

Ibu bapa kanak-kanak itu yang terlalu sibuk melayan pelanggan di kedai mereka hanya menemui anaknya sejam selepas itu.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu sudah lemah dan hanya menangis teresak-esak.

Powered by Blogger.