Header Ads

Nenek 89 tahun hilang kaki kiri ditetak penagih dadah

Nenek 89 tahun hilang kaki kiri ditetak penagih dadah


PASIR MAS,19/06/2016 : Seorang wanita warga emas berusia 89 tahun kehilangan kaki kirinya setelah putus ditetak seorang lelaki dipercayai penagih dadah.

Dalam kejadian lebih kurang pukul 6 petang yang berlaku di Kg Tanjong Rendang, Lemal, Pasir Mas Kelantan, lelaki dikenali sebagai Fikri, 19,  telah datang ke rumah mangsa, Mek Som Binti Mat Diah untuk meminta wang. Ekoran gagal memberikan wang, saspek telah memasuki rumah mangsa dan menumbuk bahagian muka mangsa sehingga mangsa terjatuh.

Mangsa seterusnya melihat saspek memegang sebilah senjata tajam dan telah menetak pada pergelangan kaki kirinya. Mangsa yang menjerit kesakitan telah menarik perhatian orang kampung dan beliau seterusnya dibawa ke Hospital Besar Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Saspek tersebut berjaya ditangkap oleh orang kampung sebelum diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

- The Alternatif



Powered by Blogger.