Header Ads

Wanita ditahan curi barangan bayi di pasar raya

Wanita ditahan curi barangan bayi di pasar raya



SIBU - Seorang wanita ditahan pengawal keselamatan di sebuah pasaraya di Jalan Channel, Sibu apabila keluar tanpa membayar barangan yang di bawa dalam sebuah beg plastik.

Melalui laporan akhbar The Borneo Post, antara barang yang ditemui dalam plastik tersebut seperti dua helai tuala, satu peket serbuk kunyit, sebungkus biskut, satu botol kecil losyen bayi, satu tin makanan segera bayi, sepeket lampin pakai buang termasuk beberapa barang lain.

Dalam kejadian yang berlaku pada 12 tengahari (17 Julai 2016) itu, suspek telah diperhatikan oleh pengawal keselamatan dan dipercayai telah mencuri pakaian tidur di tingkat atas sebelum pergi ke tingkat bawah pasar raya.


“Kami telah mengintai pergerakan wanita tersebut yang mencurigakan dan bertindak menahannya untuk melakukan pemeriksaan selepas dia keluar dari premis tanpa membayar wang,” kata seorang pekerja keselamatan wanita pasar raya ketika ditemui di balai.

Jika didapati mencuri, mengikut prosedur pasaraya berkenaan mengkehendaki suspek membayar 10 kali ganda nilai barangan yang dicuri. Namun dalam kejadian itu, wanita tersebut gagal berbuat demikian.

Suspek berasal dari Pasin dekat sini kemudian diserah kepada pihak polis yang kemudian membawa suspek ke Balai Polis Sentral untuk siasatan dan tindakan lanjut.

-  The Alternatif



Powered by Blogger.