Header Ads

"Ayah pesan... bila dia selamat kebumi... buka gerai dan kembali tolong mak"

"Ayah pesan... bila dia selamat kebumi... buka gerai dan kembali tolong mak"



Perkongsian daripada Reza Zainal yang mempunyai pengajaran disebalik cerita pakcik yang berniaga di gerai "Ayam Ganja" :


Bulan puasa jangan beli gerai kawan saya cakap.

MEMBAZIR.

Nanti beli banyak dan tak makan pun.

Saya cakap dengan dia..'Itu salah awak dan bukan salah gerai..'

Antara fadhilat puasa adalah supaya kita boleh merasai lapar dan dahaga seperti orang yang miskin. Bila waktu berbuka dan kita menghadapi juadah berbuka...kita perlu rasa bersyukur kerana akhirnya dapat melepaskan diri kita dari belenggu lapar dan dahaga.

Banyak orang miskin yang tidak bertuah seperti kita.
loading...

Tapi kalau makan mentahkedarah tu jelas sesaorang itu tak begitu faham erti berpuasa.

Orang yang jaga gerai pun kebanyakkan bukan orang yg kaya raya.

Bulan puasa inilah antara cara mereka nak mendapat duit lebih untuk hari raya nanti.

Gambar ini adalah gambar Pakcik gerai 'Ayam Ganja' yang laris di Wangsa Maju. Saya dah pergi ke gerainya untuk bulan puasa sudah dekat 5-6 tahun. Kedai dia sentiasa penuh.

Dia menjual lauk pauk dan yang paling laris adalah ayam goreng 'ganja'. Ayam goreng yang dipenuhi serdak yang dibuat oleh bawang goreng, daun kari dan rempah rahsia.

Muka dia bengis sikit dan kurang bercakap sewaktu menjual. Begitulah rungutan orang ramai

Itu yang orang lain nampak.

Yang orang tak nampak adalah dia mempunyai sakit darah tinggi dan kencing manis.

Isteri saya pandai mengambil hati Pakcik ini dengan menegur dengannya semasa membeli.

Isteri saya tanya dia buat apa kalau bukan bulan Ramadan (Dia buat kantin sekolah) dan suka bergurau dengannya.

Lama kelamaan, bila dia nampak isteri saya datang...dia tersenyum lebar. Semua kebengisan hilang.

'Terer you jack Pak Cik tu ye..' Saya memuji isteri saya.

Isteri saya pernah terjumpa dia di HKL sebelum bulan Ramadan tahun lalu. Dia nampak sakit dan letih. Bila isteri saya menegurnya, dia cakap dia sakit dan doktor kena masukkan tiub ke dalam badannya untuk dialisis. Dia cakap mungkin dia tidak akan bertahan lama.

Tiba Ramadan hari pertama, saya seperti biasa pergi ke gerainya.

TUTUP.
loading...

Masuk Ramadan ke-3 barulah kedainya dibuka tetapi Pakcik tidak ada di situ. Yang ada adalah anaknya.

'Dik..Mana Pakcik..?' Saya menegur anaknya. Sejak saya mula membeli dari gerai Pakcik, tidak ada satu hari pun Pakcik itu tiada di gerainya. Sakit demam pun dia datang.

'Ayah dah meninggal bang..'

Saya terpacak kaku. Saya ucap 'Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un' di dalam hati.

'Bila Dik..?'

'Hari pertama puasa..ayah pesan...bila dia selamat kebumi..bukak gerai dan kembali tolong mak..' ujar adik itu perlahan. Matanya masih merah. Jelas dia hendak menangis kembali.

Dia terpaksa berkerja 2 hari selepas mengkebumikan ayahnya dan mengambil alih tugasnya.

Jadi itulah sahaja kisah keluarga ini.

Susah senang mereka, siapa yang tahu...?

Ingat tidak salah membeli di gerai-gerai sempena Ramadan.

Konsepnya jangan keterlaluan dan membazir.

Itu yang penting. Kerana umat-umat Islam juga yang berniaga di situ.

ps : Ramadan ini gerai masih dibuka dan anaknya yang berniaga.

Semalam saya pergi jam 6:20. Semua ayamnya sudah habis dijual dan saya balik tangan kosong.

Tetapi saya gembira. Nampak anaknya akan menjadi usahawan yang berjaya.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminnn

Powered by Blogger.