Header Ads

"Saya pun kena tadi... RM339" - Awas taktik licik penipuan 'Blackhead Removal' ini!

"Saya pun kena tadi... RM339" - Awas taktik licik penipuan 'Blackhead Removal' ini!


Dari Wan Abdul Halim


LUX STYLE SCAMMER (BLACKHEAD KILLER) Masuk office pagi ni, tengok ada satu bungkusan yang di pos dari luar negara...hati terdetik, bila aku order barang?

Masa buka tengok bungkusan tu, aku terkejut 😱. Bila masa aku order benda ni? Aku cuma masukkan detail untuk tengok harga je, tak de la nak order bila tengok harga ratus ringgit. Bayaran apa pun takde buat. Tapi hari ni barang dah sampai dan aku kena bayar RM339.60 😤.

Pelik rasanya 😇 Aku call kawan yang jual produk ni, dia cakap ini semua scammer. Dah ramai sangat kena, bukan saja di Malaysia, Singapore, Filipina dan negara lain pun ada juga jadi mangsa.

Inilah tektik penipuan yang mana kita tak beli pun dia akan hantar barang ke alamat kita lepas tu jika kita tidak bayar dalam beberapa hari terus kita dapat surat saman.

Iklan Lux Style Black Head Killer sedang hot di fb sekarang, sekali tengok video dia terus rasa nak beli, iklan ni banyak dapat like dan pm hingga cecah beribu ribu dari rakyat malaysia yang minat dengan produk ni. Produk dan scammer ni memang dah viral sekarang ni.

Saya bagitau ni sebab nak ingatkan kepada rakan-rakan fb jangan gatal-gatal nak isi detail masa nak tengok harga produk ni. Yang mana dah isi tunggu jelah bungkusan sampai.

AWAS DENGAN IKLAN INI IA MENJERAT KITA SEMUA ABAIKAN IKLAN LUX STYLE BLACK HEAD KILLER DI FACEBOOK BOLEH GOOGLE www.luxstylescammer.com

loading...






Powered by Blogger.