Header Ads

"Tak payah jumpa doc, balik je la!!!" Suami hilang sabar gara-gara giliran lambat di klinik

"Tak payah jumpa doc, balik je la!!!" Suami hilang sabar gara-gara giliran lambat di klinik



 Dari Muhd Nor Syafiq:


Bro, aku nak pesan kita kalau nak jadi lelaki, biarlah nampak kelelakian tu.Lelaki hensem bagi aku tak perlu sado-sado berketak, rambut sisir kemas berpomade, kumis janggut jambang rapi, haruman keras macho, rokok atau vape terselit di jari, tapi bagi aku lelaki hensem perlu kuat,bersemangat dan yang paling penting PENYABAR.

Insiden tadi membuka mata.Appointment Raid di paeds 8:30 pagi. Selesai pendaftaran 9:03 pagi.Tunggu2, sembang dengan BINI sambil tunggu nak ambik darah dan doc panggil, mata ni perati keliling, kot-kot ada adik-adik manish lalu.Hahaha.Jangan serius sangat yang baca ni.No giliran panggil hampir nak dekat pkul 12:30. Oh normal la tu, memang ramai orang..memang kena tunggu lama nak-nak yang kena tunggu result darah..Habis smua discussion dengan Doc tentang masalah Raid, p kat kaunter nurse nak ambik tarikh next appointment.

TETIBA sorang brother macho ni tepekik2 TAK PAYAH JUMPA DOC, TAK PAYAH..BALIK JE LA!! SAMBIL LEMPO KASUT (kasut anak dia kot) kat ANAK DIA YANG DAH MENGAMUK MUNTAH MENANGIS KAT LANTAI.BINI DIA PLAK TERKULAT2 PI KAT BUDAK KECIK TU (umo 2-3 tahun rasanya). Bro tadi menengking2 memaki2 bini dia anak dia dan terus ambik anak dia blah gitu je..Si bini dengan muka tahan malu, masuk bilik Doc.Masa bro macho tadi mengamuk, nom dia dah kena panggil pun.

Aku takmau lah kupas isu cane dia ngamuk, apa dia cakap, apa lagi pbuatan2 ganas dia..sebab bagi aku usah kata budak2 boring menunggu, bapak mak budak pun stress juge..! Normal bro, yang mai awal pagi pun Q tunggu giliran..normal walau ada 5 bilik rawatan tetap estimate time kau kat hosp tu 3-4 jam.Usah kata doc lembab, nurse banyak sembang, makan gaji buto bla bla bla..Allah..kan masing-masing tengah buat keja masing-masing.Kau nak cepat, kau bawak lah anak kau pergi hosp swasta.Kau sua duit, dan mreka akan layan kau sepantas kilat MUNGKIN.

Apa aku nak share ni just kau dah jadi ayah kot.Taraf kau tu dah naik satu takhta dr lelaki-lelaki bujang atau lelaki-lelaki yang blm bgelar Ayah.Ko pegang satu pangkat yang bukan diiktiraf oleh BOS kau, kau pegang amanah yang Allah beri.1st, kita ni manusia.Normal sangat kita ni kurang sabar.Tapi apa yang bini aku ajarkan sejak ak bgelar ABAH 12 tahun ni ialah AKU LELAKI IMAM BESAR KELUARGA.Ini yang aku bawa dan pegang.Aku pendosa.Aku penat,aku letih,aku kerap inginkan kebebasan, aku kerap marah2, aku mudah naik tangan tapi BINI aku tak penat tarbiahkan aku hari-hari selama ni mengingatkan aku bahawa dalam hidup ni BELAJARLAH BERSABAR.Nak-nak dalam mendidik anak.

Kata BINI aku ulang2..
Bang..
Kau syurga kami. (Aku bahagia bila dipanggil begini 😘)
Bang..
Kau mgkin membesar dengan sdikit kasih sayang (ya mak abah aku bekerja.dlu tak punya byk masa bsama)
Bang..
Kau pemarah.Kau bengis.Kau rasa kau bkuasa,tapi BANG, kami mahu bersama kau susah senang kau.Kami mahu kau didik kami, kami mahu kau yang berlemah lembut,kami tak minta kau berubah menjadi orang lain..Kami cuma mahu kau menyantuni kami.
Bang,
Mengapa Allah kurniakan kita ramai anak? Kerna Allah mahu kita kenal dia.Kita bukan alim2..jadi Allah beri anak-anak ni supaya bila kita tak solat anak-anak menegur,kita malu dan kita buat.Bang, sedar tak kau kita bukan hafiz hafizah, Allah beri anak-anak supaya bila mreka tanyakan kita tajwid Quran kita sama belajar.Bang, aku tak minta Abg beri kami duit ringgit, tapi aku minta Abg bljar SABAR. SABARLAH BANG, MANISNYA NANTI..

Dan untuk kau bro baju belang, anak kau baru sorang.! Byk lg di hdpan akan dtg.
Sabarlah! Harini kau mungkin tunggu lama di hosp.Ganjaran Allah, mgkin anak kau nanti akan menolak kerusi rodamu berhati senang menunggu giliran panjang.Bersangka baiklah. Pandang anakmu, Kasihilah dia.Santuni dia agar dia kelak menyantunimu.Sabarlah, jagalah maruah isterimu.Jangan biar orang mengata2 tentang aib keluarga dek kerana baranmu.Api marah ni kita yang kawal.

Dalam kau mengherdik memukul anak kecilmu itu, tahukah engkau berapa ramai LELAKI lg yang sedg berdoa memohon dkurniakan zuriat.Yang kepingin berlari2 mengejar anak sendiri.Pujuk dan didiklah hati kau bro. Penampilan macho saja belum cukup membuatkan kita tampak BERJAYA & BERGAYA.Semoga kita menjadi AYAH yang disayangi anak anak.Amin..


Powered by Blogger.