Header Ads

6 penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan, berdepan hukuman gantung sampai mati

6 penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan, berdepan hukuman gantung sampai mati


KUALA LUMPUR: Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, manakala seorang lagi penuntut didakwa atas tuduhan bersubahat membunuh mangsa yang juga merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik di universiti itu.

Dalam laporan Berita Harian, kesemua lima tertuduh didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Lima tertuduh adalah Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat.

Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Sumber: BH Online

loading...


Powered by Blogger.