Header Ads

"Arwah tengah mengandung anak sulung, diorang baru kahwin September tahun lepas"

"Arwah tengah mengandung anak sulung, diorang baru kahwin September tahun lepas"



PUTRAJAYA - Pasangan suami isteri yang baru sahaja mengikat tali pernikahan pada bulan september tahun lalu menemui ajal dalam satu kemalangan selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar dan diseret sebuah kereta pacuan empat roda di Lebuh Raya MEX, menghala ke Putrajaya.

Tambah menyedihkan apabila si isteri sedang hamil anak sulung, dedah rakan mangsa.

Dalam kejadian petang semalam, motosikal yang ditunggang Muhammad Jabrullah dan isterinya Nur E'ezati itu dilanggar dan diseret sejauh 100 meter oleh sebuah kereta pacuan empat roda, Toyota Hilux.

Menurut sumber, motosikal yang dinaiki pasangan itu diseretnya sejauh 100 meter setelah pemandu wanita berkenaan tertidur dan mendakwa tidak perasaan akan kejadian yang sedang berlaku.

Kedua jenazah dilaporkan telah selamat disemadikan di kampung mereka di Kedah. Semoga pasangan ini ditempatkan di kalangan orang yang beriman. - Al Fatihah


 





Powered by Blogger.