Header Ads

"Awak tak malu ke dengan badan awak yang gemuk tu"

"Awak tak malu ke dengan badan awak yang gemuk tu"


Ikuti dilema wanita berbadan gempal ini. Di awal perkahwinan sudah menerima dugaan rumahtangga. Suami yang dikahwini menjauhkan diri ketika hendak bersama gara-gara tidak bernafsu dengan badannya yang berisi. 

Dari Kisah Rumah Tangga:

Assalammualaikum… minta tolong hidekan FB saya… masalah saya macam ni.. saya baru berkahwin dalam sebulan.. sampai sekarang saya masih belum bersama dengan suami..

Suami saya tak suka keadaan berat badan saya sekarang ni mencecah 84kg… dia cakap dia tak ada nafsu pada badan saya tapi hanya nafsu pada rupa paras saya… sedih hati saya bila dengar kata2 suami… banyak kali saya menangis seorang diri…

Saya tetap berusaha untuk kuruskan badan… nasi tak makan dan hanya ratah lauk dan sayur saja… tapi berat badan saya turun tapi agak perlahan walaupun saya juga bersenam… mungkin badan saya jenis yang lambat turun… tetapi suami mengharapkan saya kurus sebelum raya ni…

Setiap hari saya bertambah stress bila suami tanya berapa dah berat badan setiap hari… seolah2 dia tidak menerima saya seadanya… dia malu nak bawa saya beraya dikampung dia… sebab badan saya yang gemuk ni… dia selalu bandingkan saya dengan orang2 lain lebih2 lagi dengan ipar2 yang lain… sedih hati saya ikutkan malas je nak beraya ikut suami jika sikap dia macam ni…

Saya selalu tanya dia kenapa kahwin dengan saya kalau tidak dapat menerima saya seadanya… sebelum kahwin pun memang sedia ada badan saya macam ni… dia cakap dia terpaksa sebab keluarga dia nak kan dia kahwin cepat disebabkan umur dia sudah mencecah tahap bujang tua…

Saya menangis bila dengar dia cakap macam tu… makan hati sedih tak tau nak cakap apa… saya anak yatim piatu sudah tentu saya tiada tempat nak mengadu… saya hanya ada suami yang saya harapkan untuk sayangkan saya seadanya… tapi jadi macam ni pula… 😔

Powered by Blogger.