Header Ads

"...cuma kami tidak menindas rakyat dengan menjual pada keuntungan 300%" - Asyalliee

"...cuma kami tidak menindas rakyat dengan menjual pada keuntungan 300%" - Asyalliee


Baru-baru ini, heboh dunia fesyen muslimah tanah air apabila beberapa pemilik butik terkenal mendakwa rekaan mereka ditiru oleh label Asyalliee by Shasya Habib. Antara jenama-jenama terkenal yang didakwa menjadi mangsa tiruan seperti Liyana Rahman, Jovian Mandagie, Minaz, dan ShawlPublika.


Jika selama ini Asyalliee mendiamkan diri, setelah menerima kritikan, namun, provokasi dan serangan kepada dirinya dan ahli keluarga, Asyalliee mengambil keputusan menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada labelnya melalui Instagram.

Salam all. Kami di pihak @asyalliee.by.shasyahabib begitu terkilan dengan sebuah jenama fesyen yang memburukkan reputasi jenama kami di mata umum. Selama ini kami berdiam diri namun nampaknya sekali lagi kami terpaksa tampil kerana terlalu banyak provokasi yang dilakukan termasuk menggunakan akaun palsu untuk mengeruhkan keadaan.Setelah byk serangan di media sosial, kami menelefon owner kepada jenama tersebut dan ingin mencari solusi tetapi di reject sebanyak 6 kali.

Sebenarnya tiada isu siapa tiru siapa ataupun isu fake kerana kami mengeluarkan label di bawah jenama kami sendiri. Untuk makluman, sesuatu produk itu boleh dipanggil sebagai fake hanya apabila ia mengeluarkan koleksi yang sama menggunakan label jenama yang sama. Namun berbeza di sini kerana kami juga mengeluarkan koleksi yang original kerana secara terang menggunakan label Asyalliee by Shasya Habib.


loading...


Industri fesyen ini sangatlah kerdil dan tidak mungkin kami boleh mengeluarkan design2 itu sekiranya mereka mempunyai hak eksklusif terhadap fabrik/design mahupun jahitan. Persoalannya di sini hanyalah berkaitan masa (timeline),iaitu kami tidak release awal.

Bila stok itu sampai, baru kami dapat shoot koleksi terbaru ini di saat2 isu sudah mula viral. Hanya kerana kami keluar lewat tidak bermaksud keluaran kami adalah yang tidak original. Cuba bayangkan jika kami release lebih awal, adakah sebaliknya akan berlaku? Apapun, di bulan yang mulia ini, kami hanya ingin berniaga secara aman dan ikhlaS.

Mungkin ada pihak cuba untuk menjatuhkan jenama kami dengan cara yang sebegini tetapi ingatlah Allah tetap ada. Allah tidak mungkin memakbulkan doa2 yang tidak baik… Kami menjaga kata2 & tidak ingin mengaibkan sesiapa yang terlibat. Rezeki Allah dah tetapkan masing-masing untuk kita semua… Semoga apa yang terjadi ini menjadi hikmah terbesar dalam hidup kami.

Apapun kami yakin pelanggan sudah mampu untuk menilai produk kami dengan kualiti yang terbaik pada harga yang MAMPU MILIK. Kualiti kain dan jahitan yang kami tawarkan sememangnya tiada tandingan pada harga yang cukup2 berpatutan. Semoga dengan penjelasan ini dapat menjernihkan kembali keadaan dan redha dengan rezeki yang Allah bagi.


Minta jangan libatkan keluarga dan anak dalam kandungannya

Jika melihat kepada penerangan Asyalliee, dia mendakwa rekaannya diambil dari Pasaran Terbuka (Open market), dibekalkan oleh supplier yang sama dan turut mengeluarkan kos yang sama seperti butik-butik yang lain. Malah, menurutnya kelebihan yang ada pada labelnya adalah mereka menawarkan harga yang murah berbanding dengan label lain yang didakwa menindas pembeli sehingga mengaut keuntungan sebanyak 300%.

Mungkin apa yang dikatakan oleh Asyalliee adalah gambaran realiti fesyen muslimah di negara kita, namun akhirnya terpulang kepada pembeli untuk membeli mengikut pilihan masing-masing.



loading...

Gambar-gambar yang didakwa rekaan ciplak:






Powered by Blogger.