Header Ads

"Duit raya awak sayang. Ibu simpankan ye" - Tragedi air rebusan ketupat tertumpah ke badan bayi

"Duit raya awak sayang. Ibu simpankan ye" - Tragedi air rebusan ketupat tertumpah ke badan bayi


Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan melecur lebih 50 peratus selepas terkena air rebusan ketupat dalam kejadian Sabtu lalu.

Difahamkan, insiden menimpa Muhammad Aniq Mohd Sharudin berlaku di rumahnya di Ayer Keroh pada petang Aidilfitri.

Ketika kejadian Muhammad Aniq dikatakan berada di dalam kerusi jalan bayi (walker) sebelum mencapai periuk rebusan ketupat dan tertumpah ke badan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata, bayi berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan dipantau rapi oleh doktor.

“Keadaannya sudah stabil bagaimanapun masih lagi tidak sedar kerana dibawa pengaruh ubat.

“Kemalangan ini tidak dijangka dan diharap dia dapat sembuh dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui selepas melawat bayi berkenaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, di sini, hari ini.

Idris turut mengingatkan ibu bapa sentiasa memberi perhatian penuh kepada anak. "Saya juga menyeru agar sama-sama kita mendoakan kesembuhan bayi ini," katanya.

Sumber: Harian Metro


Dalam masa yang sama, ibu Muhammad Aniq turut mengemaskini keadaan anaknya itu. Dalam status dan gambar yang dimuatnaik, dia ternyata sedih dengan kejadian menimpa anaknya di malam takbir raya. Semoga adik Aniq diberikan kesembuhan dan ibu Aniq diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini.







Powered by Blogger.