Header Ads

"Kenapa awak tak beli baju raya?? Duit tak cukup ke?"

"Kenapa awak tak beli baju raya?? Duit tak cukup ke?"


Kalau bab shopping baju raya untuk anak-anak dan suami, selalunya tanggungjawab itu diberikan kepada isteri. Ini bagi memudahkan orang perempuan untuk memadankan pakaian yang terbaik buat keluarga mereka di hari raya kelak.

Namun, lain pula kisah keluarga ini apabila si suami berasa pelik apabila si isteri tidak pula membeli pakaian untuk dirinya.

Dari Kisah Rumah Tangga:

Asalam admin krt, begini ceritanya, gaji bulan lepas, saya serahkan RM2k untuk isteri saya, lepastu bawa pergi shopping dengan anak-anak.

Saya suruh isteri pakai RM2K tu untuk beli baju raya isteri dan anak-anak dan gaji bulan depan pula nak pakai untuk persiapan raya.

Bila dah sampai shopping isteri belikan anak seorang 2 pasang baju dan anak kami seramai 3 orang, kasut pula sepasang sorang dan tudung 2 pasang hanya untuk seorang anak perempuan kami, lepastu saya tanya isteri saya, baju awak mane?

Dia cakap takpa, kita utamakan anak dulu.. last-last tengok baju saya pula dibelinya 2 pasang padahal saya boleh je pakai baju tahun lepas.. 3 jam katanya dah nak pulang… saya tanya semua barang dah beli, katanya dah,bila sampai rumah, saya cek barang dia takde pun.. saya tanya lagi,, kenapa awak tak beli baju?? Duit tak cukup ke??

Katanya takpelah bang, beli je untuk abang dan anak-anak dulu, duit tu masih ada, saja je ayang nak simpan untuk keperluan raya nanti, saya mula rasa terharu, adakah isteri saya tak beli baju raya sebab nak utamakan saya dan anak-anak?

Tetiba pintu rumah berbunyi.. tok tok tok,, ehh abg posmen?? Rupanya bini aku awal-awal dah beli baju online 😡😡😡 bertuah punya bini.. apa-apa pun sayang bini aku dunia akhirat.. #Diana




Powered by Blogger.