Header Ads

"Kenapa beli banyak sangat kain ni bang?" - Aduhai, pelik betul suamiku!

"Kenapa beli banyak sangat kain ni bang?" - Aduhai, pelik betul suamiku!

 

'Peel' suami memang selalunya ada sahaja yang pelik. Bila suka pada sesuatu, mereka akan letakkan fokus dan bersungguh-sungguh. Contohnya, sanggup berbelanja habis-habisan pada pengubahsuaian kereta, ada pula yang menjadikan hobi mengumpul model kereta dan figura kartun dan macam-macam lagi perkara pelik lain. Sebab itulah para isteri selalunya membiarkan perkara itu selagi perangai pelik mereka tidak merosakkan hubungan rumah tangga.

Kisah di bawah pula adalah satu contoh perangai pelik yang ada pada seorang suami (Kredit: Kisah Rumah Tangga)


Assalamualaikum admin.. minta tolong sembunyikan profil saya ye.. Saya mempunyai suami yang pelik… Dia terlampau sukakan haiwan atau lagi senang dipanggil pencinta haiwan la…

Bayangkan kami semasa bercinta dulu topik perbualannya mesti pasal haiwan yang dibelanya takde topik lain… memang tak ada istilah romantik la dengan saya.. itu tak apa lagi la… tapi setiap hari suami akan post kat fb cakap rindu dengan kau la tak sabar nak balik dating dengan kau… padahal gambar yang dia post tu ayam hutan dalam reban kat kampung.. lembu kat kampung la… macam-macam lagi la haiwan yang dia bela semua dia rindu… tak pernah pulak dia cakap rindukan isteri dia yang jauh ni…

Asal je balik kampung kalau jumpa haiwan tepi jalan dia kutip masuk dalam kete nak bawak balik kampung… bayangkan belalang rama-rama pun dia boleh kutip dan simpan dalam botol… baru2 ni dia jumpa kura2 dan dia bawak simpan dalam rumah jugak.. lama-lama agaknya jadi zoo dah rumah saya ni…

Pernah ada sekali haiwan kesayangan dia mati.. berjujuran air mata dia makan pun tak lalu sebab sedih sangat… dengan saya pun dia tak nak cakap puas jugak saya nak memujuknya setiap hari… Sekarang mood dia dah o.k… tapi sekarang ni suami saya happy pasal nak raya… dia ajak saya ke kamdar nak beli kain ela.. saya pun seronok la pasal mungkin dia nak beli baju raya untuk saya…

Bila sampai je kamdar dia beli kain ber ela2… saya pun tanya nape banyak sangat kain ni abang… kan kita berdua je yang nak pakai nak buat bape pasang ni kalau banyak sangat kainnya… suami saya cakap dia beli lebih pasal nak suruh saya jahitkan baju untuk semua haiwan kesayangan dia sekali… bayangkan nak raya ni suami suruh buat baju raya untuk ayam,kucing,arnab,itik, lembu dengan kambing kat rumah tu agar warna sedondon dengan baju raya kami…

Suami kata tahun ni nak tangkap gambar family.. Maksud dia nak tangkap gambar kami sekali dengan haiwan kesayangannya kat belakang… Suami saya pun siap tempah khas sampul raya design sendiri.. Semua design sampul raya tu dia letak gambar haiwan kesayangan dia..

Tak boleh nak bayangkan orang yang cetak sampul raya tu mesti fikir suami saya orang tak betul… Tabahnya kau dik melayan karenah suami akak..😂 Lepas tu suami pancing saya cakap dia sayangkan saya sebab saya je tahan perangai dia… nasib dapat suami pelik nak tak nak kena jugak hadap… tak apalah janji dia tak gilakan perempuan lain sudah… 😂



Powered by Blogger.