Header Ads

"Kenapa sampai dibakar harumanis tu?" Lelaki ini cerita punca sebenarnya

"Kenapa sampai dibakar harumanis tu?" Lelaki ini cerita punca sebenarnya


Baru-baru ni hangat mengenai berita buah harumanis dibakar setelah jualan "tidak laku" seterusnya berlaku lambakan yang banyak di pasaran. Berikut berita penuh yang disiarkan oleh Akhbar Kosmo:

PADANG BESAR – Para petani harumanis di Perlis mengalami kerugian besar berjuta-juta ringgit pada tahun ini kerana berlaku lambakan buah dan penurunan mendadak harga harumanis yang memaksa sesetengah mereka membakar hasil ladang masing-masing untuk mengelakkan ancaman penyakit.

Malah lebih buruk, buah harumanis yang dipetik terpaksa dijual pada harga serendah RM10 sekilogram kepada peraih dan RM15 kepada pembeli akibat lambakan di pasaran pada bulan puasa selain faktor kelemahan pemasaran.

Fenomena itu cukup mengejutkan kepada pengusaha ladang harumanis berbanding zaman kemuncak pada tahun 2015 apabila seorang petani mampu mengaut untung dengan menjual harumanis pada harga RM50 sekilogram.

Menurut seorang pekebun, Musa Darus, 75, dia tidak menyangka tahun ini merupakan ujian terbesar bagi dirinya dan pengusaha lain kerana permintaan merosot teruk lebih 70 peratus sehingga menyebabkan banyak buah terbiar busuk di pokok.

Musa berkata, 133 pokok mempelam harumanisnya mengeluarkan hasil kira-kira lima tan (5,000 kilogram) tahun ini, namun malangnya 2.5 tan terpaksa dibiarkan busuk di pokok dan terpaksa dibakar bagi mengelakkan penyakit yang mengancam pokok lain.


Kenapa Harumanis jadi macam ni ?? Begini ceritanya kepada yang nak tahu la..

Tulisan: Nordin Mat


Dulu orang tak kenal pun harumanis nih.. spesis ni katanya dari Thailand jugak tapi bila tanam kat Perlis jadi sedap pulak..sedap sangat ka ? Err memang sedap la tapi banyak lagi mangga yang sedap aku pernah makan yang lebih murah dr harumanis ni ?

Kenapa jadi mahal ?? Sebab persepsi orang sahaja.. ia mula terkenal maybe tak sampai 10 tahun lalu bila TV3 dan Suratkhabar buat liputan dan promosi bahawa pelam ini meletop di Jepun sana . Sebijik boleh dijual sampai harga RM 50.. berkontena pelam dieksport ke sana.. maka orang KL pun punya lah excited dengar berita tu jadi semua pakat dok kirim nak harumanis lah.. nak pakat rasa nak pakat habaq kat orang lain aku dah makan harumanis nih.. siap selfie wefie bagai. Nak pulak cerita orang pi makan pelam ni kat Perlis siap naik helikopter lagi hahaah..

Hakikatnya apa ??

Waktu saya pi Jepun dua tahun lepas dan mengorek cerita sebenar dengan orang berkenaan dengan pemasaran dan usahawan sana, apa katanya ??

Harumanis tak laku pun kat sana, hantaq sekontena dua sahaja sampai mesin penjagaan kualiti eksport buah buahan berharga jutaan di pusat kuarantin Malaysia terbiar saja..

Kenapa tak laku ? Katanya orang jepun tak suka warna kulit harumanis ni kehijauan… satu lagi pasai harga mahai sangat..angpa ingat orang jepun kaya sangat ka ?kos hidup depa tinggi melahut dok dirumah dalam flat kotak satu bilik pun harga berjuta bhai..jadi lepas tu memang tak eksport dah harumanis ke Jepun dan lain lain negara pun tak dak.. semua harap ke Fama saja mana boleh bang, private sector tak dak ka yang buat promosi ke luar negara..tak dak la tu kalau ada dah tentu masuk paper

Jadi seterusnya , permintaan untuk harumanis ni untuk tempatan memang naik menggila sampai orang pun lupa daratan.. makin byk orang order makin depa penaik harga, bila orang tegur depa kata orang dengki tak mau tolong orang Melayu maju.. baru Menteri kata tanam harumanis kat Perlis saja , depa dah jadikan bahan jenaka padahal rasa menteri tu tau dah apa akan jadi kalau lambakan terus tinggi.

Buah pelam ni makanan sampingan saja.. tak dak harumanis pun berlambak penggantinya..bende dah jadi mewah memang tak ramai nak mampu makan la.. aku pun tak merasa lagi musim ni.. bukan nak salah sesiapa tapi teori supply and demand tak pernah gagal lagi selama ini..


Powered by Blogger.