Header Ads

Lelaki ini minta selesaikan masalah rumahtangga, tapi Netizen saran sila meninggal

Lelaki ini minta selesaikan masalah rumahtangga, tapi Netizen saran sila meninggal


Gara-gara meluahkan perasaan dengan harapan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah rumahtangganya, sebaliknya seorang lelaki menerima kecaman malah ramai memberi saranan agar lelaki itu lebih baik bunuh diri sahaja.

Daripada Kisah Rumah Tangga:

Assalamualaikum admin. Tolong hide fb saya.  Saya pinjam fb adk saya.  Pernikahan saya dengan isteri telah masuk tahun ke 3.  Saya di kurniakan seorang anak perempuan yang kini berumur 2 tahun.  Anak yang amat cumel dan bijak.  Isteri tidak bekerja jadi semua tentang anak dia yang uruskan . oleh kerana ekonomi yang teruk sekarang duit saya selalu tidak mencukupi akhirnya isteri saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di rumah ibu bapa nya untuk kurangkan bebanan kami.

Sejujurnya sepanjang pernikahan kami saya telah banyak kali curang dan kantoi dengan isteri , tapi dia tetap beri saya peluang dan kepercayaan.  Sampai saya biarkan teman wanita saya hina isteri saya dan saya langsung tak pertahankan isteri saya. 

Isteri saya ada penyakit kanser(sekarang dah sembuh) dan teman wanita saya penah memperlekehkan isteri dan anak saya dengan macam-macam hinaan tapi isteri saya tetap bersabar dan menerima saya dan saya tetap curang dengan banyak perempuan.  Duit belanja saya jarang bagi. 

Sampai ibu bapa nya yang tanggung isteri dan anak saya. Tiap kali saya kantoi saya berjanji padanya untuk berubah tapi saya tetap bersama dengan teman wanita saya itu dan kerap kali terlanjur dengan teman wanita saya dan beberapa perempuan lain. Hingga lah pada birthday anak saya yang ke2 pada bulan 5 lepas sekali lagi saya terkantoi wasap dengan teman wanita saya.

Dia seakan sudah lali dan hanya tersenyum. Sejujurnya saya sudah lama tidak sentuh isteri saya lebih berminat untuk bersama teman wanita saya. tiap kali saya balik ke kampung isteri saya. saya tak pernah bnafsu untuk sentuh isteri saya. saya nampak muka nya hampa tapi dia tetap layan saya dengan baik makan dan minum saya dia jaga dengan baik.

Dia jarang mintak apa-apa pada saya. saya sendiri sedar yang pakaian dia dah lama tidak bertukar. lusuh dan nampak buruk sampai saya malu untuk keluar dengan dia. segala yang dia mintak smua untuk anak saya. tapi dia tak pernah mintak untuk diri dia.

Sampailah satu hari dia mintak pada saya untuk belikan sesuatu untuk anak saya kata nya hadiah untuk birthday anak saya. kebetulan saya dapat bonus untuk raya tapi saya mgamuk jerit2 kat dia dan cakap benda tu tak perlu dan jangan bebankan saya untuk benda yang tak penting dia diam dan terus letak telifon. barang kemas dia habis saya jual masa saya susah dulu dia tak pernah mintak saya gantikan. baju raya dia dan anak pun dia kata dia tak nak padahal baju raya tahun lepas pun dia tak beli. termasuk hari nie dah 3 hari dia mendiamkan diri. apa yang patut yang saya lakukan?? patut ke saya mintak maaf padanya??

Siapalah tak marah. Mungkin niatnya baik dan berniat mahu berubah, namun jalan cerita luahan hatinya begitu menyakitkan hati bagi sesiapa yang membacanya. Antara komen-komen netizen.




Powered by Blogger.