Header Ads

"Makcik mulut puaka" - Peminat berang Datuk Siti dihina

"Makcik mulut puaka" - Peminat berang Datuk Siti dihina



Bukan pertama kali Datuk Siti Nurhaliza menerima hinaan seperti ini. Namun, komen seorang pengguna Facebook, Nor Nor kali ini betul-betul menaikkan kemarahan Netizen dan peminat Datuk Siti.

"Cantik pun xguna kalau mandul".

Ringkas tapi pedas. Itulah komen yang ditulis Nor Nor dalam gambar yang dimuatnaik oleh Page Rotikaya.

Akibat komen tersebut. Nor Nor menerima reaksi negatif pengguna Facebook lain apabila menggelarnya sebagai "Makcik mulut puaka" dan "wanita bermulut longkang".

Sememangnya perkataan "mandul" itu amat sensitif dan sepatutnya tidak dikeluarkan lagi-lagi di bulan puasa ini. Soal rezeki anak juga ditentukan oleh tuhan siapa kita nak mempersoalkannya. Lagipun Datuk Siti juga memang berusaha ke arah itu. Kan bagus kalau Nor Nor sekadar mendoakan.

Setakat ini, komen Nor Nor telah dibuang mungkin Nor Nor sudah menerima pengajaran yang amat bermakna pada kali ini.




Powered by Blogger.