Header Ads

"Masa korang buat anak saudara aku tu, korang tak fikir pula perasaan keluarga kami semua, kan"

"Masa korang buat anak saudara aku tu, korang tak fikir pula perasaan keluarga kami semua, kan"


Wajah penuntut UPNM yang didakwa membunuh Zulfarhan hari ini viral di media sosial apabila ibu saudaranya memuatnaik gambar-gambar tersebut. Beliau yang menggunakan nama Masih Ada Chinta di Facebooknya meluahkan perasaan mengenai kejadian menimpa anak saudaranya itu, jelas marah dan kecewa. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua.

"Tak payah nak tutup sangat muka korang. Bila naik mahkamah, tahu pula korang nak tutup muka bagai. Sebab apa? Baru nak fikir hati dan perasaan keluarga ke atas perbuatan korang?

"Masa korang buat anak saudara aku tu, korang tak fikir pula perasaan keluarga kami semua, kan? Terutamanya mak dan ayah arwah Zulfarhan. BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG. Korang rembat anak saudara aku sampai hilang nyawa.

"Kami doakan korang dapat balasan setimpal. Kalau ikut hati kami sekeluarga akan buat macam mana korang buat pada arwah tapi kami masih ada iman walau sebesar zarah. Jadi hanya pada Allah kami mohon agar korang digantung sampai mati!

Wajah-wajah penuntut UPNM yang didakwa menyebabkan kematian Zulfarhan. Sumber: Masih Ada Chinta






Powered by Blogger.