Header Ads

"Membuli dan memukul bagaikan satu kebiasaan" - Pengakuan senior UPNM

"Membuli dan memukul bagaikan satu kebiasaan" - Pengakuan senior UPNM


Pendedahan daripada Jasper, penuntut senior UPNM yang menceritakan mengenai budaya pelajar di universiti itu
(diubah ke dalam bahasa - Sumber: Amazingnara.com)

Budaya di sini memang teruk, membuli dan memukul bagaikan satu norma dan berlaku setiap hari. Yang tertulis di dada akhbar hanya sedikit dari yang apa yang sebenarnya berlaku dan pihak pengurusan tampak langsung tidak peduli.

Saya faham dengan jelas hukuman dan keperluan fizikal adalah asas sistem ketenteraan, tetapi penyalahgunaan kuasa memang wujud.

Sesetengah dari mereka pukul pelajar bawahan tanpa sebab, atau untuk sekadar hiburan. Semasa saya seorang junior, saya sangat benci senior-senior yang beri arahan kepada junior untuk lakukan apa saja mereka suka.

Tetapi kini saya senior, dan sesetengah senior zaman saya sudah menjadi seperti senior yang pernah mereka benci, mengarahkan junior apa saja yang mereka suka.

Bagaimana anda tidak tertekan dalam persekitaran seperti ini, melihat seseorang yang anda percayai bersikap sebegini, menyalahgunakan kuasa?

Kadangkala, saya rasa macam tiada harapan.

UPNM ada pro dan kontranya, tetapi yang kontra lebih mengatasi yang pro.

Orang luar hanya melihat permukaan UPNM, fikir universiti ini berkisar kepada disiplin dan pelajar-pelajar kesemuanya kelihatan pintar, tapi saya ragu-ragu.

Jauh dari dasar hati saya, saya hormati universiti ini, tetapi bukan orang di dalamnya.

Saya tak maksudkan semua orang, tetapi ramai bersikap tidak sepatutnya. Bakal-bakal pemimpin, pegawai-pegawai tentera, anda semua ialah barisan pertama pertahanan negara ini, dan ini perangai anda?

Saya sangat menentang keganasan fizikal. Keamanan, tiada kebencian.

Screenshot tulisan Jasper:



Powered by Blogger.