Header Ads

"Perut ditendang, muka ditampar" - 2 video didakwa kejadian 'ragging' UPNM tular

"Perut ditendang, muka ditampar" - 2 video didakwa kejadian 'ragging' UPNM tular


Dua video didakwa kejadian ragging yang berlaku di UPNM tular hari ini. Dalam video tersebut kelihatan pelajar ditendang di perut dan ditampar di muka. Walaubagaimanapun, video dikatakan sudah lama namun baru dimuatnaik berikutan kejadian yang menimpa penuntut UPNM, Allahyarham Zulfarhan baru-baru ini.
 



Walaubagaimanapun, netizen nampaknya berbelah bagi mengenai kejadian tersebut. Bagi yang menyokong, kejadian seperti itu dikatakan perkara biasa dan sudah menjadi budaya kerana menurut mereka ia perlu bagi menguatkan mental dan fizikal sebelum memasuki tentera.



Dalam masa yang sama, bagi orang awam, latihan seperti itu pula dilihat kejam dan mengatakan ianya tidak jauh berbeza dengan kelakuan membuli/ragging. Tidak kurang juga yang memberikan perbandingan dengan ajaran pada zaman Rasulullah.




alaupun video ini dan kes kematian Zulfarhan adalah dua kejadian yang berbeza, namun timbul persoalan adakah amalan yang menjadi 'kebiasaan' itu membuatkan pelajar sudah tidak mempunyai belas kasihan sehingga sanggup bertindak kejam terhadap arwah Zulfarhan?

Powered by Blogger.