Header Ads

Sarawak tarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia

Sarawak tarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia



Kuala Lumpur, 12 Jun - Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk keluar dari Lembaga Pelancongan Malaysia (Malaysia Tourism Board) berkuat kuasa serta merta, hari ini.

Keputusan itu timbul berikutan isu yang membabitkan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan akhbar yang baru dikeluarkan sebentar tadi menjelaskan penglibatan kerajaan negeri itu sebagai ahli Lembaga Pelancongan Malaysia tidak perlu kerana ianya bertindih dengan fungsi dan peranan Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.


Nazri dalam komennya sebelum ini menyifatkan menteri Pelancongan Sarawak, Abdul Karim sebagai "setahun jagung" setelah Abdul Karim meminta kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan.

“Dia menteri baru, dia menteri BN, janganlah nak tunjuk lagak sangat. Jumpa saya,  saya pun menteri BN." kata Nazri.

Mengulas serangan itu lagi, Abdul Karim mengatakan pelaksaan cukai pelancongan dibuat tanpa berunding dengan tuan tanah, lapor Sarawakvoice.com.

"Saya tidak akan tunduk kepada kesombongan dan reaksi kasar menteri ini."

“Adalah tidak sopan untuk memanggil seseorang itu sebagai setahun jagung, samseng dan seumpamanya … terutamanya jika anda seorang menteri kanan dan pada bulan Ramadan,” Kata Abdul Karim

Powered by Blogger.