Header Ads

"Saya redha dengan pemergian Syahid" - Bazli UNIC

"Saya redha dengan pemergian Syahid" - Bazli UNIC


Pemergian anak kesayangan anggota nasyid UNIC, Bazli Hazwan sememangnya menyentuh hati netizen dan peminat kumpulan itu.

Muhammad Syahid, 3 tahun, anak sulung daripada dua beradik disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi ini setelah menghidap barah lymphoma.

Menurut Bazli ketika ditemui wartan Harian Metro, dia dan isteri redha dengan pemergian anak syurga itu.

"Saya redha dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan," jelas Bazli ketika di temui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

"Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti," katanya

Tambahnya, dua tiga hari lepas keadaan kesihatan Syahid terus merosot dan dia sering merintih kerana kesakitan.

Jenazah dimandi dan dikafankan di surau kuarters HKL sebelum di bawa balik ke kediaman Bazli di Sungai Buloh.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zohor tadi. - Al Fatihah








Powered by Blogger.