Header Ads

"Syahid.. Jangan lupa tarik tangan umi ayah ye untuk masuk syurga"

"Syahid.. Jangan lupa tarik tangan umi ayah ye untuk masuk syurga"


"Senyum kerana sedar yang anak ini terus ke syurga..senyum kerana sedar anak ini yg menarik ibu ayahnya ke syurga..senyum kerana sedar semua yg dimiliki hanyalah satu pinjaman..semoga tabah dan sabar dengan kehilangan..Innalillah Ilaihi Wa Inna Ilaihi Roji'un.."

Luahan sayu dan meruntun jiwa yang dikongsikan Ustaz Bazli UNIC.

Repost @bazliunic:

“Syahid.. Waktu ni biasanya ayah akan salin pempers syahid, ayah akan lap badan syahid, ayah usap lembut bdan syahid, ayah betulkan posisi bantal syahid, ayah akan selimutkan syahid, ayah akan peluk syahid sampai syahid tenang sambil ayah akan baca bisikan kat telinga syahid surah2 yang syahid suka.. Sungguh ayah rindu kau naakk

Syahid.. Ayah masih terkenang detik semalam saat ayah tunggu d luar penuh debaran dan tiba2 doktor keluar bilik bgtau yang syahid dah takde dan ayah sila boleh masuk sekarang untuk peluk anak.. Hanya Allah yang tahu perasaannya.

Syahid.. Jika Allah bertanya kelak tentang ayah. Syahid gtaulah bahwa ayah dah cuba sedaya mampu untuk mengubati dan mengurus syahid. Ayah dah cuba mendidik syahid dengan didikan paling terbaik. Ayah dah jalankan amanah sebagai ayah dengan cara paling bhikmah.

Syahid.. Jangan lupa tarik tgn umi ayah pimpin tgn kami ye untuk masuk syurga. Kita baca quran sama-sama lagi kita bgrau sama-sama d syurga indah bahagia.

Syahid banyak mengajar ayah supaya bersabar dalam membesar dan mengurus anak. Syahid inspirasi ayah untuk menjadi ayah yang kental berjiwa pahlawan. Syahid mengajar ayah supaya mnjadi jantan yang kuat. bangkit dan bangkit xmudah menyerah lembik.

Syahid.. Waktu kelahiran syahid ayah cipta khas lagu Bintang Syurga tujukan untuk syahid. Supaya ia menjadi doa dan motivasi kau. Harini kau benar2 menjadi bintang syurga naaak.

Syahid.. Berlari2lah kau d dalam taman syurga dengan penuh riang. Takde sakit lagi takde ubat lagi takde merintih lagi kerana kau adalah BINTANG SYURGA
#syahid #bintangsyurga”




Powered by Blogger.