Header Ads

 Syahid seolah-olah berkata "Syahid pergi dulu, ayah"

Syahid seolah-olah berkata "Syahid pergi dulu, ayah"


 

Sedih dan menyayat hati. Perkongsian oleh Puan Zuryati Isa semasa pengebumian anak Bazli Hazwan, Anggota kumpulan Nasyid UNIC. Namun, walaupun anak syurga ini sudah pergi meninggalkan kita, tetapi kisahnya banyak memberikan pengajaran kepada kita di bulan mulia ini.

Daripada Puan Zuryati Isa:


Alhamdulillah.

Syahid sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Tenang sahaja Bazli Hazwan Unic dan Asiah Abu Bakar menerima pemergian Syahid.

"Asiah redha, Kak. Asiah lega. Syahid dah tak sakit dah."

Kata Bai, "Keadaan kesihatan Syahid makin drop sejak awal Ramadhan. Dua hari lepas, saya balik ke rumah. Tengok Syahid sakit macam tu, saya berdoa pada Allah untuk berikan apa yang terbaik pada Syahid. Inilah jawapan doa saya tu."

Bai dan Asiah memangku sendiri Syahid sewaktu dibawa ke tanah perkuburan. Bazli sendiri juga yang meletakkan Bintang Syurga itu di dalam liang lahat. Ditatapnya puas sebelum kembali naik ke atas.

Sekuat mana pun mereka, tetap menitik juga air mata Bazli dan kami semua sewaktu ucapan akhirnya.

IM Fakhrul yang memberikan tazkirah kematian sebelum itu, awal-awal lagi dah menangis. Allah... Saya teringat sungguh pada anak-anak sendiri.

Kata IM Fakhrul, "Syahid anak syurga. Tidak perlu ditalkinkan. Sebaliknya, kita inilah yang perlu ditalkinkan."

Huhuhu...

Selain keluarga, hampir semua Sahabat Munsyid ada tadi. Hijjaz, Rabbani, Inteam, UNIC (sudah semestinya), Ustaz Farihin, ustaz Dinie, Achey GGV pun ada. Elliyin Rasif (Elle) dan Zada juga ada. Ramai lagi. Cuma tak elok pula berselfie atau berwefie ketika menziarahi kematian.

Teringat kata-kata arwah mak.

"Ada dua majlis yang akan menghimpunkan semua saudara dan sahabat handai. Majlis kahwin dan majlis pengebumian. Satu majlis, kita tak sesuai bersedih, walaupun sedang sedih. Satu lagi majlis, kita tak sesuai bergembira, walaupun sedang gembira."

Umur Syahid 4 tahun. Kematian sudah menjemputnya. Sedangkan kematian akan menjemput kita semua.

"Kematian adalah perkara paling dekat dengan manusia."

Syahid bintang syurga. Tiada lagi kesakitan di sana. Syahid tak perlu lagi terlantar dan takut doktor atau nurse cucuk Syahid.

Selepas enam bulan lemah melawan sakit, Syahid sudah bebas bermain dan berlari ke sana ke mari dengan gembira sementara menanti waktu menarik tangan ibu dan ayah Syahid masuk ke dalam syurga.

InsyaAllah.

Terima kasih, Tuan Ah Fad (Raihan) atas keizinan menggunakan gambar-gambar yang diambil di liang lahat dan di dalam masjid.


 

Syahid seolah-olah berkata, "Syahid pergi dulu, ayah. Syahid tunggu ayah dan umi depan pintu syurga. Nanti kita mengaji sama-sama lagi, ya."

Powered by Blogger.