Header Ads

"Tak dapat saya bayangkan kesengsaraan Allahyarham" - Doktor kongsi info luka bakar

"Tak dapat saya bayangkan kesengsaraan Allahyarham" - Doktor kongsi info luka bakar

Illustrasi
Perkongsian oleh Dr. Aimi binti Jaafar mengenai luka bakar yang mudah difahami dan amat berguna untuk semua.

Ada yang tanyakan atau mungkin ada yang duk fikir macam mana luka pada Allahyarham Farhan boleh menyebabkan kematian. 


LUKA BAKAR

Luka bakar tu bukan macam luka biasa. Dan bukan api saja penyebab luka bakar. Air panas, gas, permukaan, bahan kimia, elektrik dan radiasi juga boleh menyebabkan luka bakar. Untuk kes Allahyarham Adik Farhan, permukaan dan wap yang panas menyebabkan luka bakar tersebut.

Bila kulit kita dah terbakar, kulit akan rosak. Anda harus ingat bahawa kulit adalah organ terbesar pada badan seseorang. Fungsinya juga adalah pelbagai dan penting. Ia berfungsi sebagai benteng pertahanan yang pertama badan kita terhadap luka dan jangkitan, juga sebagai pengawal suhu badan dan kehilangan air dalam badan.

Tahap luka tersebut dan peratus luka yang meliputi badan adalah sangat penting untuk menentukan cara rawatan.

Untuk luka first degree, melibatkan kulit luar yang disebut epidermis. Kulit yang luka akan sakit dan merah, tak ada gelembung. Selalunya luka ini akan sembuh dalam 3 ke 4 hari.

Second degree burn, terbahagi 2. Superficial partial-thickness, melibatkan papillary dermis. Luka akan merah, panas, sembab dan bergelembung. Bahagian luka akan sangat sakit terutama bila terdedah kepada angin. Masa penyembuhan selalunya kurang dari 2 minggu.

Deep second degree burn melibatkan reticular dermis, boleh juga termasuk bahagian saraf, kelenjar peluh dan folikel rambut dari kulit. Luka ini kurang sensitif, bulu akan senang dicabut. Penyembuhan selalunya lebih lama sedikit, lebih kurang 3 minggu.

Third degree burn. Semua bahagian kulit yang terlibat rosak. Luka pada mulanya tidak sakit, bahagian yang kering akan kelihatan pucat dan putih.

Forth degree burn. Luka ini melibatkan kulit, otot dan boleh juga tulang. Selalunya disebabkan Contact berlamaan dengan punca yang panas.





Luka tahap 3 dan 4 ini memerlukan rawatan pembedahan dan tindakan yang pantas untuk mengelakkan air dari badan semua keluar melalui kulit! Luka bakar yang lebih dari 15% wajib dimasukkan air dalam darah melalui IV Drip untuk menggantikan air yang keluar. Bila air dah keluar dengan banyak, tanpa ada gantian, badan akan kering.

Bila tak ada air yang cukup dalam badan, jantung akan bekerja keras pasal darah makin pekat, nak pam darah ke seluruh badan. Buah pinggang rosak, tak ada air kencing untuk dihasilkan. Pernafasan juga terjejas disebabkan darah dalam badan terlampau acidic, boleh menyebabkan pernafasan terhenti sendiri. (penggunaan layman's term untuk pemahaman ramai).

Selain itu boleh juga terjadi jangkitan pada luka yang terdedah tersebut. Si pesakit boleh dapat demam, dan jangkitan boleh masuk dalam darah. Ini juga merbahayakan nyawa dan boleh menyebabkan kematian.

Tambahan lagi biasanya luka bakar ini memerlukan penggunaan ubat tahan sakit yang kuat, sehingga selalunya dalam wad akan diberikan morphine yang boleh ditekan oleh pesakit sendiri (tetap dikawal dose oleh doktor bius). Itu salah satu contoh ubat yang diberikan. Cukup untuk memberi bayangan kesakitan yang ditanggung si pesakit.

Tujuan saya tulis ini untuk memberi sedikit sebanyak informasi betapa seriusnya luka bakar third degree 80% yang dihadapi Allahyarham Adik Farhan. Allahu. Tak dapat saya bayangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh Allahyarham. Untuk merawat juga selalunya akan ambil masa berminggu minggu kalau tak berbulan. Tersentuh hati keibuan saya melihat wajah sayu ibunya Allahyarham.

Semoga perkongsian ini dapat juga memberi pendedahan mengenai luka bakar kepada semua. Untuk First degree boleh dirawat di rumah. Untuk Second degree, silalah ke klinik berhampiran. Third dan forth degree, wajib pergi hospital! (Bukan tengok YouTube macam mana nak rawat 😐).

Dr. Aimi binti Jaafar
Klinik Taqwa, Bangi
0162894717


Rujukan: The Washington Manual of Surgery Sixth edition

Tambahan nota kaki:
Saya tidak boleh komen mengenai kes Allahyarham Adik Farhan yang dibawa ke klinik sebelum tenat dan dibawa ke hospital. Ia adalah kes medicolegal dan saya tidak tahu situasi sebenar di klinik tersebut. Harap tidak ada spekulasi.



Powered by Blogger.