Header Ads

"Tiada lagi design dari open market tahun depan" - Jawapan akhir Asyalliee

"Tiada lagi design dari open market tahun depan" - Jawapan akhir Asyalliee


Jika ada yang tertinggal dengan isu plagiat design baju, baru-baru ini beberapa pereka dan pemilik butik muslimah terkenal tampil mengecam pemilik label Asyalliee by Shasya Habib kerana didakwa meniru rekaan baju raya mereka.

Namun Asyalliee tampil menafikan perkara tersebut sebaliknya memberikan alasan bahawa design baju yang seakan sama tersebut diambil dari Pasaran Terbuka (Open Market). Dimana supplier memberikan pilihan design melalui katalog yang ada pada mereka. Supplier ini mengeluarkan baju tersebut secara pukal dan sesiapa sahaja boleh menempah dan tinggal sahaja meletakkan jenama masing-masing pada baju tersebut.

Ada yang timbulkan persoalan takkanlah jenama terkenal seperti Jovian Mandagie mengambil rekaan baju mereka dari dari Open Market. Jawapannya mungkin sahaja supplier itu pula yang meniru rekaan design Jovian dan memasukkan dalam katalog mereka.

Asyalliee dalam post terbarunya berharap isu ini tidak lagi diperbesarkan pada masa hadapan.

Mengakui ini tahun pertama dalam fashion baju muslimah, Asyalliee menjelaskan akan lebih berhati-hati pada masa depan.
Daripada 30 Design baju muslimah mereka, Asyalliee mengatakan hanya 10 design daripada Open Market.
Asyalliee juga mengatakan mereka turut sama melalui proses yang sama seperti jenama lain.

Serik dengan kontroversi yang timbul, Asyalliee mengatakan label itu tidak akan mengambil rekaan dari Open Market pada tahun hadapan.


Walaupun telah berkali menjelaskan isu ini, masih ada netizen yang tidak menerimanya.
 

Tak kurang yang memberikan kata-kata dorongan dan nasihat. Apapun, isu ini pasti memberikan sedikit pengajaran kepada pemilik butik lain. Positifnya, netizen juga akhirnya tahu dan sedar mengenai proses pembuatan baju yang ada di pasaran.  -  The Alternatif





Powered by Blogger.