Header Ads

"Tolong cepat sembuh" Tweet suspek utama bunuh Zulfarhan

"Tolong cepat sembuh" Tweet suspek utama bunuh Zulfarhan







Siapa sangka, di sebalik kematian penuntut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada mei bulan lalu, suspek utama kes itu adalah salah seorang kawan baik arwah sendiri.

Semuanya didedahkan oleh netizen yang menjalankan siasatan mereka sendiri dengan melihat secara terperinci ke dalam laman sosial kepunyaan suspek, Mohd Akmal Zuhairi Azmal iaitu Twitter, Instagram dan YouTube yang tidak disetkan ke mod "private".

Dalam penemuan tersebut, sehari sebelum Zulfarhan disahkan meninggal dunia pada 1 jun, Zuhairi didapati memuatnaik beberapa status di laman twitter.

Tweet Zuhairi pada 31 mei sepadan dengan dengan kronologi kes dimana Zulfarhan dilaporkan dibawa rakannya ke klinik pada tarikh yang sama.

Dalam tweet tersebut, Zuhairi membayangkan Zulfarhan dalam keadaan sakit dan netizen mempercayai tweet itu berkaitan dengan keadaan Zulfarhan yang melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.

"Tolong cepat sembuh" tulisnya ringkas.



Tweet Zuhairi pada 31 Mei dan 1 Jun. Sumber @hairiazmal
Seorang netizen pula dalam komennya di status itu memuatnaik screenshot 2  video berkaitan merawat kesan melecur yang dipercayai telah ditonton oleh Zuhairi menerusi laman YouTube. Netizen beranggapan Zuhairi berkemungkinan cuba mencari jalan penyelesaian bagi menghilangkan kecederaan kawannya itu.

Sumber: Amazingnara.com

Tidak cukup dengan itu, netizen turut menemui beberapa gambar Zuhairi bersama Zulfarhan di laman Instagram milik Zuhairi (kini dalam mod "private").

Zuhairi dan Zulfarhan dalam uniform kadet UPNM. Sumber Screenshot: Astrogempak.com.my


Zuhairi dan Zulfarhan melakukan aktiviti bersama-sama di UPNM. Kredit Amazingnara.com
Disebalik semua pendedahan di atas, netizen masih bingung dengan persoalan bagaimana seorang kawan baik mampu melakukan perkara sedemikian rupa demi sebuah komputer riba? Mungkin di saat-saat akhir, mereka telah sedar dari perbuatan kejam tersebut dan sebab itulah mereka berusaha mencari penyelesaian. Namun,  masa tidak boleh diundur dan seperti pepatah "Nasi telah menjadi bubur" dan "menyesal sudah tidak berguna".

Perkembangan Kes:

Pada 14 Jun lepas. Zuhairi dan empat lagi penuntut UPNM dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan.

Sementara itu, seorang lagi penuntut didakwa dengan pertuduhan bersubahat dengan lima tertuduh itu untuk melakukan perbuatan itu.

Kesemua mereka berhadapan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,
loading...


Powered by Blogger.