Header Ads

"Zulfarhan enggan terima surat rujukan hospital, bantuan ambulans" - Dakwa doktor swasta

"Zulfarhan enggan terima surat rujukan hospital, bantuan ambulans" - Dakwa doktor swasta



Kuala Lumpur: Doktor swasta yang pernah merawat pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain didakwa dua kali menawarkan surat rujukan ke hospital dan bantuan ambulans kepadanya tetapi enggan diterima pesakit, lapor Malaysiagazette.

Surat rujukan itu ditawarkan apabila penuntut UPNM itu datang kali pertama dan membuat rawatan cuci luka kali kedua lima hari kemudian di klinik berkenaan.

Mangsa mendakwa beliau tidak ke hospital kerana menjaga reputasi sebagai tentera dalam latihan, selain keadaan luka yang semakin pulih.

Sumber memaklumkan kepada MalaysiaGazette, kali pertama mangsa datang untuk mendapatkan rawatan cuci luka diiringi oleh empat rakannya yang mengaku dari Kem Tentera Port Dickson.

Mangsa yang berjalan sendiri ke klinik berkenaan mendakwa beliau terkena wap panas ketika menjalani latihan.

Allahyarham meminta doktor berkenaan mencuci lukanya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

“Allahyarham ke klinik untuk mencuci luka kerana mendakwa berlaku letupan ketika menjalani latihan ketenteraan lima hari sebelum datang ke klinik berkenaan,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.

Mangsa memaklumkan sudah membuat rawatan susulan di Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi tidak ada rujukan hospital kerana protokol tentera.
loading...

Doktor di klinik berkenaan tidak ada prasangka buruk kerana mendapati luka-luka pada badan mangsa menunjukkan telah dirawat sebelum ini.

Sumber berkata, doktor yang merawat Zulfarhan juga menawar untuk menghubungi keluarganya tetapi ditegah pesakit atas alasan ibunya sedang dirawat di hospital.

Beliau tidak mahu kesihatan ibunya terganggu nanti.

Doktor yang merawat Zulfarhan tidak mengesyaki apa-apa kerana kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh mangsa dan rakan-rakannya tidak bercanggah.

Mangsa meminta doktor berkenaan mencuci luka-luka pada tubuhnya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

Sumber berkata, bil rawatan Zulfarhan di klinik berkenaan dibayar oleh kawan-kawannya.

Sumber – MalaysiaGazette.com


Powered by Blogger.