Header Ads

2 Tips bagaimana cara mendapat jantina anak lelaki atau perempuan (Keberangkalian tinggi)

2 Tips bagaimana cara mendapat jantina anak lelaki atau perempuan (Keberangkalian tinggi)



Perkongsian oleh Puan Taibah Nurwahidah Mohamad.


Salam..
 Post kali ni akan share ilmu yang tak seberapa bagi sesiapa yang merancang sama ada nak baby boy atau baby girl untuk next pregnancy... 



Alhamdulillah saya dan suami da mencuba dan diizinkan Allah untuk mendapat baby girl,anak ke2 kami..maka sepasanglah anak kami setakat ni πŸ˜€ 

Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama...tak sia-sia kan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia

Ingat lagi tak subjek biologi di sekolah dlu? Bagaimana jantina anak ditentukan..sperma membawa kromosom XY dan ovum membawa kromosom XX..apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki dan perempuan adalah 50-50..

Maka perlu diingatkan jantina bukanlah fakitaor genetik.. perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil..once da berlaku persenyawaan,c ara saya ni tak berkesan da

Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena paham apa sifat kromosom X dan Y terlebih dahulu..X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan..manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju...Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali ..di sini la saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni ( cikgu kimia la katakan )

Tips:

1) Pemakanan


Jika mahukan baby boy, suami perlulah lebihkan memakan makanan lait (seafood)...manakala jika mahukan baby girl,suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu..kenapa suami???😱😱😱kenapa bukan isteri??kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl...maka suami2 main peranan besar kat sini... ok , apa yang saya dan suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nk hamil bermula daripada hr pertama saya period) suami dilarang makan apa2 jenis seafood..sebulan memang hari2 sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam,daging atau telur..sampaikan ayah beli ketam dan siput sedut pun dia kena telan air liur je..suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam dan daging.


Selain tu, suami juga kena lebih makan masam..yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia mmg tak suka buah masam2...tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia..πŸ˜† Isteri juga bole membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu..susu,cheese dan butter

Saya kongsi ni lebih kepada untuk baby girl, so kalau nak boy, kena sebaliknya..elakkan makan masam..dan isteri elakkan makanan tenusu

2) Tempoh bersama

Yang ni susah sikit sebab kita sendiri tak tau bila waktu subur kita kan..so ada 2 cara nak tau waktu subur..yang pertama senang je,pegi farmasi beli Ovulation Test..bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test..cara nak guna boleh tengok pada kotaknya..


Ataupun cara ke 2,hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan..yang ni nak senang guna app period ..kita bole tengok corak kitaran haid kita..bagi yang kitarannya sama setiap bulan,tolakkan jumlah kitaran dengan 14,maka hari itulah waktu subur dia..waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari ..contoh (30-14),maka hari ke16 itulah hari subur

Ok kenapa penting nak tau waktu subur..tadi kan da cerita pasal tempoh hayat X dan Y..jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur...ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa ..yang tinggal hanya X ..maka jadilah XX(girl)... Kalau nak baby boy,terbaliklah jadinya..perlu bersama pada waktu subur.. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum utk disenyawakan..maka jadila XY(boy) Ok itu saja tips yang saya dan suami gunakan..banyak sebenarnya tips lain kalau googles..tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malasla nk follow..saya suka buat sesuatu yang ada sebab jelas..kan da kabo tadi saya cikgu sains kan..hehe.. Jangan lupa, DOA senjata utama..tak guna usaha tanpa doa..minta sungguh-sungguh pd Allah..semoga tips ni dapat memberi manfaat pada yang membaca
Salam.. Post kali ni akan share ilmu yg tak seberapa bagi sesiapa yg merancang sama ada nak baby boy atau baby girl utk...
Posted by Taibah Nurwahidah Mohamad on Monday, July 17, 2017


Powered by Blogger.